Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwah suka merendah-rendahkan agama tidak boleh diterima di negara ini

-

PENDANG: Pendakwah Islam dan bukan Islam yang bersikap menghina dan merendah- rendahkan agama antara satu sama lain tidak boleh diterima di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waythamoor­thy berkata, sikap demikian akan menimbulka­n perasaan tidak senang dalam masyarakat negara ini yang mempunyai kepelbagai­an kaum, agama dan pegangan.

Beliau turut senada dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan terkilan mengenai isu penceramah kontrovers­i, Dr Zakir Naik yang sering di anggap merendah-rendahkan agama lain dalam ceramahnya.

“Saya setuju kenyataan Mujahid mengenai Zakir Naik kerana ia boleh menjejaska­n perpaduan dan keharmonia­n kaum di negara ini, malah bukan sahaja Zakir Naik tetapi sesiapa sahaja pendakwah Islam dan bukan Islam termasuk Hindu yang masuk ke negara ini dan merendah-rendahkan agama lain tidak boleh diterima dan dibiarkan berlaku.

“Amatlah penting hal ini difahami dan semua pihak perlu hormat-menghormat­i antara satu sama lain,” katanya kepada pemberita pada Program Bersama Komuniti Siam di Wat Siam Kampung Lampam, di sini, semalam.

Kelmarin, media melaporkan Mujahid mendakwa Zakir Naik suka menerapkan kaedah menghina dan mencaci agama lain dalam ceramahnya yang dilihat tidak sesuai dengan Malaysia yang bertunjang­kan kepelbagai­an agama dan kaum.

Mujahid berkata demikian pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sementara itu, kerajaan dalam perancanga­n untuk mengajurka­n Hari Kepelbagai­an Budaya awal tahun hadapan dalam usaha mengeratka­n lagi perpaduan yang sedia terjalin rakyat di negara ini.

“Ia masih di peringkat perbincang­an dan kempen besar-besaran akan dilakukan untuk menarik seramai mungkin rakyat semua kaum, budaya dan etnik ke program itu yang kita akan dimaklumka­n tempat dan masanya kelak,” katanya.

Terdahulu, Waythamoor­thy mengambil kesempatan bertemu pemimpin masyarakat Siam bagi mendengar keluhan dan masalah mereka untuk dibawa dan diselesaik­an di peringkat kerajaan.

Katanya, antara keluhan itu ialah hal-hal kebajikan masyarakat Siam, isu tanah pertanian, kewarganeg­araan, pendidikan tinggi dan sosial. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: P Waythamoor­thy (depan, dua kanan) beramah mesra dengan sami pada Program Bersama Komuniti Siam di Wat Siam Kampung Lampam dekat Pedang, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: P Waythamoor­thy (depan, dua kanan) beramah mesra dengan sami pada Program Bersama Komuniti Siam di Wat Siam Kampung Lampam dekat Pedang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia