Utusan Borneo (Sarawak)

Memastikan keselamata­n dan kebajikan pelajar terjamin, memelihara imej institusi keagamaan Islam

-

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz yang didapati tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi secara haram, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Katanya, ia bagi memastikan keselamata­n dan kebajikan pelajar-pelajar terjamin serta imej institusi keagamaan Islam terpelihar­a.

“Kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini diberi kelonggara­n hanya kerana ia institusi keagamaan, ia tetap juga perlu berdaftar dengan DBKL dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n).

“Kami juga akan meng- etatkan syarat kepada sekolah- sekolah berasrama khususnya sekolah tahfiz bagi menjaga kualiti daripada aspek keselesaan dan keselamata­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur ( PMKS WPKL) di sini, semalam.

Katanya adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa untuk memeriksa status pusat-pusat tahfiz sekiranya berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke institusi itu.

“Selain itu, DBKL turut akan bekerjasam­a dengan JAWI memantau kesemua pusat tahfiz yang masih ber- operasi di sekitar ibu kota.

“Sekiranya didapati tidak berdaftar, kami tidak akan teragak-agak untuk menutupnya,” katanya.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya tiada kuasa untuk menutup tahfiz haram di Kuala Lumpur kerana ia di bawah kuasa DBKL.

Ia susulan sebuah pusat tahfiz di Kepong yang mana pengetuany­a ditahan polis kerana dipercayai meliwat sembilan pelajarnya berusia 11 hingga 16 tahun dan pusat tahfiz itu didapati beroperasi secara haram.

Sementara itu, Khalid berkata PMKS WPKL akan bertindak sebagai mekanisme setempat dalam penyelesai­an masalah atau pertikaian dalam kalangan penghuni kediaman berstrata jika melibatkan perkara-perkara di luar parameter Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).

“Contoh masalah strata iaitu kejiranan, bunyi bising dan bau, sempadan, perebutan tempat letak kereta, pembuangan sampah akan diuruskan dengan bantuan mediator.

“Seramai 19 mediator komuniti daripada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengendali­kan kes-kes strata yang dibawa ke PMKS,” katanya.

Katanya, terdapat 5,859 kawasan pemajuan berstrata yang melibatkan 494,263 petak yang mana sejumlah 1.2 juta warga kota terdiri daripada komuniti berstrata.

“Oleh itu, mereka yang menghadapi masalah boleh merujuk kepada PMKS untuk menyelesai­kannya dan sekiranya kes itu tidak dapat diselesaik­an baharulah dibawa ke pihak polis ataupun mahkamah,” katanya.

Katanya, PMKS akan mula beroperasi pada Oktober ini selama tiga hari iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Menara PT80 di sini. — Bernama

Kami tidak mahu pusat-pusat tahfiz ini diberi kelonggara­n hanya kerana ia institusi keagamaan, ia tetap juga perlu berdaftar dengan DBKL dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n). Khalid Abdul Samad Menteri Wilayah

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Muhammad Safian (tengah) mendengar penerangan daripada Hamilye (kanan) ketika melawat pameran selepas merasmikan Seminar Pemerkasaa­n Integriti Negeri Pahang, Kuantan semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Muhammad Safian (tengah) mendengar penerangan daripada Hamilye (kanan) ketika melawat pameran selepas merasmikan Seminar Pemerkasaa­n Integriti Negeri Pahang, Kuantan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia