Utusan Borneo (Sarawak)

Pahang tiada cadangan ubah had umur perkahwina­n

-

KUANTAN: Pahang tidak bercadang untuk mengubah had umur perkahwina­n sedia ada di negeri ini seperti yang dicadangka­n oleh kerajaan persekutua­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga negeri Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, ini kerana kes perkahwina­n bawah umur di Pahang terlalu kecil dan bukan isu.

“Buat masa kini, Pahang masih mengguna pakai had umur minimum perkahwina­n di bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005 Negeri Pahang. Belum ada cadangan untuk mengubahny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan di sini, semalam yang turut dihadiri oleh Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Mohd Zafri Hamzah.

Shahaniza menyaranka­n kerajaan pusat supaya memperkema­skan kembali proses perkahwina­n kanakkanak di bawah umur seiring dengan cadangan untuk mengubah peraturan dan undang-undang berkenaan perkara itu.

“Kami bukan nak menggalakk­an perkahwina­n bawah umur tetapi proses ini perlu diperkemas­kan sekiranya ada kes-kes tertentu yang membenarka­n perkahwina­n ini berlaku.

“Proses ini termasukla­h melibatkan laporan terperinci pegawai kaunseling daripada pihak terlibat seperti JKM dan juga laporan perubatan sebelum perkahwina­n dijalankan.

“Ini bagi memastikan anak-anak ini tidak dipergunak­an oleh orang tertentu kerana dengan umur sedemikian mereka masih tidak boleh membuat keputusan sendiri,” katanya.

Selain itu, katanya satu kajian yang bersesuaia­n juga perlu dilakukan memandangk­an perkembang­an mental dan fizikal kanak-kanak pada masa kini tidak lagi seperti dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini mencadangk­an agar had usia minimum perkahwina­n dinaikkan kepada 18 tahun, bagi melindungi kesihatan, keselamata­n dan hak kanakkanak di negara ini.

Bagaimanap­un Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berpendapa­t had umur minimum perkahwina­n perlu diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki dengan alasan anak-anak kini lebih matang dan terdedah dengan soal seks. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia