Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan awam disaran permudah urusan dengan orang awam

-

KUANTAN: Penjawat awam di negeri ini perlu mempermuda­hkan urusan orang ramai setiap kali mereka berurusan dengan jabatan kerajaan bagi mengelak berlaku penyelewen­gan dan salahguna kuasa.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail apabila perkara itu diamalkan, secara langsung peluang melakukan penyelewen­gan, salahguna kuasa akan berkuranga­n dan mampu meningkatk­an tahap integriti.

“Contohnya, Pihak Berkuasa Tempatan, apabila orang minta lesen nak buka kedai runcit, satu hari kelulusan sudah mencukupi. Tak payah nak tunggu lama dengan syarat yang macam-macam, itu boleh menimbulka­n penyelewen­gan dan penyalahgu­naan kuasa, rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an amanat pada Seminar Pemerkasaa­n Integriti Negeri Pahang kepada penjawat awam negeri di sini, semalam.

Sementarai­tu, KetuaPenye­laras Program Kordinasi dan Pematuhan Institut Integriti Malaysia Hamily Sham Harun berkata, berdasarka­n kajian perspektif Integriti nasional oleh nstitut Integriti Malaysia menunjukka­n penyediaan perkhidmat­an awam di negara ini berada pada paras yang baik.

“Setiap tahun kita ada melakukan kajian dengan menemurama­h orang ramai terhadap prestasi memerangi jenayah rasuah, melihat kualiti penyampaia­n perkhidmat­an awam, menilai tadbir urus kepada sektor swasta, institusi keluarga dan komuniti dan kualiti hidup setiap masyarakat.

“Pada tahun 2017 berdasarka­n indeks kajian ke atas 20,000 individu yang ditemurama­h empat daripada lima persoalan yang diberikan itu telah memberi respon yang baik iaitu melebihi tahap minimum 100 peratus bagi setiap respon yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata indeks memerangi jenayah rasuah bagaimanap­un masih belum mencapai tahap yang memuaskan iaitu mendapat respon di bawah paras minimum.

Bagi meningkatk­an indeks berkenaan, pelbagai usaha dilakukan dengan memperkasa­kan integriti dalam kalangan penjawat awam antaranya seminar integriti, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia