Utusan Borneo (Sarawak)

Bangunan lama Hospital Alor Gajah dinaik taraf

-

ALOR GAJAH: Kementeria­n Kesihatan memperuntu­kkan RM1.5 juta bagi melaksanak­an kerja- kerja menaik taraf bangunan lama Hospital Alor Gajah untuk dijadikan Jabatan Pesakit Luar, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut RM500,000 diperuntuk­kan untuk membaik pulih bangunan hospital yang berusia lebih 100 tahun itu sementara RM1 juta diperuntuk­kan untuk pembelian peralatan dan fasiliti baharu bagi kegunaan jabatan berkenaan apabila beroperasi kelak.

Katanya kerja menaik taraf bangunan tersebut yang dijangka siap pada Disember depan bertujuan mengurangk­an kesesakan pesakit yang mendapatka­n rawatan di Jabatan Pesakit Luar yang kini beroperasi di bangunan hospital baharu di Jalan Paya Datok di sini.

“Kita melihat terdapat keperluan bagi menaik taraf bangunan lama Hospital Alor Gajah untuk dijadikan jabatan pesakit luar yang mana hospital ini menerima purata kira-kira 350 orang pesakit sehari termasuk dari selatan Negeri Sembilan.

“Apabila kerja menaik taraf bangunan itu siap, Jabatan Pesakit Luar di sini akan berpindah ke sana dan beroperasi di bawah satu bumbung dengan Klinik Ibu dan Anak yang memang beroperasi di bangunan itu,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Alor Gajah di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Zairul Azidin Badri dan Pengarah Hospital Alor Gajah Dr Suraidah Karim.

Dalam perkembang­an lain, Lee berkata pihaknya berpuas hati dengan tindakan pembaikan segera yang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) terhadap bangunan hospital baharu Alor Gajah terutama dewan bedah dan Unit Rehabilita­si berdasarka­n Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1.

“Beberapa kecacatan dikenal pasti berlaku pada bangunan baharu hospital ini yang siap dibina pada 2012 dan kita di pihak kementeria­n telah mengambil langkah segera membaiki kecacatan yang ada dan semua kos ditanggung sepenuhnya oleh JKR,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Lee (berdiri dua kiri) beramah mesra dengan pesakit yang mendapatka­n rawatan ketika melakukan lawatan kerja di Hospital Alor Gajah semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Dr Lee (berdiri dua kiri) beramah mesra dengan pesakit yang mendapatka­n rawatan ketika melakukan lawatan kerja di Hospital Alor Gajah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia