Utusan Borneo (Sarawak)

BN tidak mempunyai calon untuk lawan Anwar: Aminuddin

-

SEREMBAN: Keputusan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson sudah dijangka dan bukan satu kejutan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Beliau yang juga Pengerusi PKR negeri dan pengarah pilihan raya PRK itu berkata ini memandangk­an BN tidak mempunyai calon yang sesuai untuk diketengah­kan melawan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ucapkan terima kasih kepada BN atas penarikan tersebut yang mana kita telah menjangkak­annya pun di peringkat awal. Seperti yang saya maklum tempoh hari, kalau boleh tidak ada pilihan raya ( bermaksud menang tanpa bertanding)... tetapi kita mengamalka­n demokrasi yang masih memberi ruang kepada individu dan parti lain bertanding.

“Kami di peringkat negeri sudah bersedia dari semasa ke semasa supaya pilihan raya ini dapat dijalankan dengan lancar sekiranya ada pertanding­an,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri ke-14, di sini, semalam.

Kelmarin, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, parti itu akan memboikot serta tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Port Dickson dan keputusan itu dibuat selepas perbincang­an dengan parti komponen iaitu MCA dan MIC.

Ahmad Zahid berkata tindakan memboikot itu dilakukan kerana BN menganggap kerusi Parlimen berkenaan dikosongka­n semata- mata bagi memenuhi cita-cita politik Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR.

Setakat ini, selain Anwar, dua parti iaitu PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), calon bebas Stevie Chan Keng Leong dan bekas setiausaha agung MIC Datuk S. Kumar menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Port Dickson ialah Sabtu, 13 Oktober dan hari penamaan calon pada 29 September manakala hari pengundian awal pada 9 Oktober.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n oleh penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 September lepas untuk membolehka­n Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahka­n calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS. — Bernama JOHOR BAHRU: Cadangan agar jawatan perdana menteri tidak semestinya diisi oleh presiden parti adalah antara tiga usul yang akan dibawa UMNO Johor ke perhimpuna­n agung parti pada Sabtu ini yang diyakini dapat mengekang budaya bolot dalam UMNO.

Pengerusi UMNO Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata cadangan lain ialah pemimpin UMNO tidak semestinya menjadi calon pilihan raya dan wakil rakyat.

“Ini sebagai usaha membendung monopoli dalam parti dan bagi meraih (kembali) keyakinan masyarakat.

“Macam saya katakan baru-baru ini (tentang) ‘ bolot dalam parti’, supaya kita akan lebih menumpukan kepada penerimaan masyarakat kepada wakil rakyat yang hendak diketengah­kan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Jawatankua­sa Wanita UMNO Negeri di Bilik Mesyuarat Badan Perhubunga­n UMNO, di sini semalam.

Selain itu, katanya, UMNO Johor juga akan mencadangk­an penubuhan sebuah institusi kepimpinan yang mampu mencorakka­n pergerakan sesebuah parti agar lebih fokus terhadap arah tuju dan berwawasan.

Selain itu, beliau berkata, UMNO Johor juga akan menyatakan pendirian mereka mengenai kedudukan dan kepentinga­n orang Melayu dalam beberapa isu-isu berbangkit supaya tidak dianggap rasis.

Sementara itu, Hasni menyatakan sokongan UMNO Johor terhadap keputusan pimpinan pusat memboikot Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Okt ini.

“Tujuan diadakan PRK bukan atas sebabsebab yang lazim seperti kematian atau yang menyebabka­n individu itu hilang kelayakan dan sebagainya tetapi dibuat atas tujuan untuk memenuhi aspirasi individu-individu tertentu maka tidak wajar untuk kita bazirkan wang rakyat menyokong PRK tersebut,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia