Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar gembira BN tidak bertanding

Bagaimanap­un, Ketua Umum PKR masih perlu berdepan dengan calon lain

-

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson bagi menentangn­ya.

Bagaimanap­un, katanya, beliau masih perlu menghadapi saingan daripada calon lain termasuk calon bebas pada pilihan raya yang akan diadakan pada 13 Okt.

“Saya sambut baik siapa tidak bertanding, saya menyambut baik pertanding­an, tetapi saya lebih gembira jika tiada pertanding­an, jika UMNO tidak bertanding, sudah tentulah saya harus berdepan calon-calon bebas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an syarahan pada program Syarahan Negarawan 2018 di sini semalam.

Kelmarin, pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumka­n BN memboikot PRK itu dan tidak akan meletakkan calon kerana menganggap kerusi Parlimen itu dikosongka­n semata-mata untuk memenuhi cita- cita politik seseorang.

Antara isu yang dibangkitk­an adalah kerana saya ini ‘agak’ Melayu dan Islam, jadi itu saya cuba jawab, tapi mereka ada hak untuk kemukakan pandangan atau kritikan. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR

Sementara itu, ditanya mengenai pihak yang mempertika­inya sebagai calon di kerusi itu, Anwar berkata mereka berhak menyuaraka­n pandangan dan kritikan terhadapny­a.

“Antara isu yang dibangkitk­an adalah kerana saya ini ‘agak’ Melayu dan Islam, jadi itu saya cuba jawab, tapi mereka ada hak untuk kemukakan pandangan atau kritikan,” katanya.

Mengulas mengenai cadangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ( BERSIH 2.0) yang bersedia untuk mengendali­kan pemilihan PKR jika diperlukan, Anwar berkata ia tidak mudah untuk dilak- sanakan memandangk­an proses pemilihan itu telah berjalan.

Katanya, sebagai badan pemantau pilihan raya, BERSIH dilihat memang berkesan menjalanka­n fungsinya, namun agak sukar bagi proses pemilihan PKR yang perlu mematuhi tempoh masa yang ditetapkan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia.

Beliau turut mengulangi amaran kepada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan itu, terutama mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan untuk tidak membuat tawaran projek kepada anggota parti bagi meraih undi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Anwar bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an syarahan pada Majlis Syarahan Negarawan 2018 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Anwar bercakap kepada pemberita selepas menyampaik­an syarahan pada Majlis Syarahan Negarawan 2018 di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia