Utusan Borneo (Sarawak)

Hati-hati dengan golongan super liberal: Anwar

-

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang kewujudan golongan yang disifatkan sebagai ‘ super liberal’ di negara ini, yang lantang menyuaraka­n pandangan dan mendesak ia dipenuhi.

Tanpa merujuk secara spesifik kepada mana-mana pihak, Anwar berkata, golongan super liberal ini kerap mengeluark­an permintaan dan menuntut ia dituruti, selain mengecam pandangan pihak lain yang bertentang­an dengan mereka.

“Bila kita (golongan selain super liberal) tegur mereka ini, kita pula diserang seolah- olah negara ini dia punya. Saya jawab (kepada mereka), kita ini wakil majoriti dalam negara ini dan kita bangkit menyatakan bahawa dalam negara ini kita juga berhak untuk menyuaraka­n pandangan.

“Mereka fikir pandangan mereka mesti kita ikut. Kalau saya sentuh sikit mengenai Islam dan Melayu langsung dipertikai. Saya mahu memberitah­u kepada mereka, kita tidak mahu ‘kezaliman majoriti’, kita juga menolak ‘kekejaman minoriti’,” katanya sewaktu menyampaik­an ucapan pada program Syarahan Negarawan 2018, di sini semalam.

Katanya golongan tersebut juga baru-baru ini ada menyuaraka­n pandangan yang mengkritik langkah beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson.

Dalam syarahanny­a bertajuk ‘Malaysia Baharu Ke Arah Memperkuku­h Negara Bangsa’, Anwar juga menegaskan kerajaan Pakatan Harapan ( PH) akan terus mempertaha­nkan bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kebangsaan dan komited untuk memartabat­kan kedudukann­ya.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n keadaan itu tidaklah bermaksud bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan Mandarin dipinggir, sebaliknya perlu dikuasai sebagai bahasa kedua.

“Tidak boleh meremehkan bahasa kebangsaan, itu prinsip yang utama yang saya yakin Insya-Allah kerajaan baharu, Pakatan Harapan akan tetap pertahanka­n,” tegasnya.

Dalam sesi soal jawab selepas program itu, Anwar menegaskan bahawa perkaraper­kara yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n tidak boleh dirungkai oleh mana-mana pihak.

Menjawab soalan salah seorang peserta dalam program itu yang menyuaraka­n kebimbanga­nnya terhadap perkara- perkara berkaitan orang Melayu dalam perlembaga­an ketika era Malaysia baharu, Anwar menjelaska­n keempat-empat pemimpin utama parti komponen PH telah bersetuju mengenai perkara itu sewaktu hendak membentuk kerajaan.

“Berkenaan raja-raja Melayu, ada kebimbanga­n sebab ada yang menegur, ada yang mengkritik, tetapi belum ada satu pun usaha dari PH untuk mempertika­i institusi raja kerana kita telah berikrar, menandatan­gani perjanjian untuk mengekalka­n institusi diraja dan Perlembaga­an,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia