Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain tengah Real itu muncul pemain terbaik dunia selepas dipilih sebagai Pemain Terbaik FIFA

-

LONDON, England: Luka Modric menamatkan penguasaan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sepanjang satu dekad untuk anugerah individu bola sepak dunia selepas dipilih sebagai Pemain Terbaik FIFA Isnin lepas.

Pemain tengah kelab Real Madrid dan skuad kebangsaan Croatia itu beraksi cemerlang untuk kelab dan negaranya ketika Real Madrid memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut- turut dan membantu Croatia melangkah ke final Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka.

“Perasaan saya penuh emosi kerana semua ini sangat besar dan saya mahu berterima kasih kepada semua orang. Begitu ramai orang bersama dan menyokong saya,” kata Modric.

Modric menewaskan penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Ronaldo, yang bersama-sama Messi, tidak menghadiri majlis penyampaia­n hadiah itu di London.

Kedua-dua pemain masing- masing akan beraksi untuk Juventus dan Barcelona hari ini tetapi ketiadaan mereka mendapat kritikan selepas bertahun-tahun menguasai anugerah itu.

“Semua orang mempunyai sebab mereka sendiri,” kata Modric. “Sememangny­a saya mahu mereka berada di sini tetapi ia tidak berlaku.”

Kejayaan Modric bermakna Ronaldo kekal terikat dengan Messi sebagai pemenang anugerah itu sebanyak lima kali.

Pada usia 33 tahun, kemaraan Croatia ke final adalah kemuncak karier gemilang buat Modric, yang sering dibayangi oleh gol Ronaldo ketika bersama-sama di Real Madrid, sebelum Ronaldo berpindah ke Juventus pada bulan Julai.

Modric menjaringk­an dua gol dan turut menjaringk­an penalti ketika menewaskan Denmark dan Rusia pada penentuan sepakan penalti tetapi keupayaan beliau merancang serangan mendapat perhatian dengan memenangi gelaran Bola Emas selaku pemain terbaik di Piala Dunia 2018.

“Ia adalah musim yang luar biasa, yang terbaik dalam kehidupan saya,” kata Modric.

“Saya masih tidak menyedari betapa bagusnya sepanjang tahun ini dari segi individu dan berpasukan dan saya berasa sangat bangga dengan segala yang saya capai tahun ini dan ia juga akan diingati selama-lamanya.”

Untuk musim keenam berturut- turut, Ronaldo adalah penjaring terbanyak Liga Juara-Juara dengan 15 gol dan menjaringk­an empat gol di Piala Dunia, termasuk hatrik ketika Portugal seri 3-3 dengan Sepanyol pada perlawanan pembukaan mereka.

Bagaimanap­un, Portugal tewas kepada Uruguay di pusingan kedua dan kegagalan Ronaldo menjaringk­an gol di separuh akhir atau final Liga Juara-Juara telah membuka ruang kepada Modric.

Buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun, Messi tidak berada dalam senarai finalis, dengan Salah berada dalam senarai pendek selepas menjaringk­an 44 gol dalam semua pertanding­an pada musim sulung bersama Liverpool, di mana beliau membantu Liverpool melangkah ke final Liga Juara-Juara.

Salah bagaimanap­un tidak pulang dengan tangan kosong selepas menerima anugerah Puskas untuk gol terbaik ketika menentang Everton pada bulan Disember.

Modric berada dalam senarai Pasukan Impian FIFA bersamasam­a rakan sekelabnya, Sergio Ramos, Raphael Varane dan Marcelo, selain David de Gea, Dani Alves, N ’ G o l o Kante, Eden H a z a r d , K y l i a n Mbappe, Messi dan Ronaldo.

“Saya berasa gembira seperti saya memenangin­ya,” kata Ramos ketika merujuk kemenangan Modric. “Beliau selayaknya menang kerana beliau adalah pemain yang hebat dan sudah meraikan satu era penting dalam sejarah Real Madrid.”

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, me- menangi anugerah Jurulatih Terbaik selepas membimbing Perancis muncul juara Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah mereka. Thibaut Courtois pula dipilih sebagai penjaga gol terbaik selepas membantu Belgium melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia selain memenangi Piala FA bersama Chelsea sebelum perpindaha­n ke Real Madrid. Pemain dari Brazil, Marta, dipilih sebagai pemain terbaik wanita untuk rekod kali keenam selepas m e m b a n t u Brazil memenangi Copa Amerika dan menewaskan dua pemain dari Lyon, Ada Hegerberg dan D z s e n i f e r Marozsan. J u r u l a t i h Lyon, Reynald Pedros bagaimanap­un memenangi anugerah jurulatih wanita terbaik selepas pasukannya memenangi Liga Juara-Juara Wanita. — AFP

Perasaan saya penuh emosi kerana semua ini sangat besar dan saya mahu berterima kasih kepada semua orang. Begitu ramai orang bersama saya.” dan menyokong Luka Modric Pemain tengah Real Madrid

 ?? — Gambar AFP ?? PEMAIN TERBAIK D U N I A : M o d r i c memberikan ‘ pose’ istimewa bersama trofi di London, England Isnin lepas.
— Gambar AFP PEMAIN TERBAIK D U N I A : M o d r i c memberikan ‘ pose’ istimewa bersama trofi di London, England Isnin lepas.
 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia