Utusan Borneo (Sarawak)

Pogba kritik taktik negatif Mourinho di Manchester United

-

LONDON, England: Paul Pogba mengkritik taktik pengurusny­a di Manchester United, Jose Mourinho selepas seri tanpa jaringan dengan Wolverhamp­ton Wandereres dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, dan ia dijangka membangkit­kan kemarahan Mourinho.

Pemain tengah antarabang­sa Perancis itu berkata tiada sebarang alasan untuk tidak menyerang ketika beraksi di tempat sendiri.

Keputusan seri itu – pada perlawanan yang disaksikan oleh bekas pengurus legenda kelab, Alex Ferguson, yang membuat penampilan pertama di kelab sejak menjalani pembedahan kecemasan pada bulan Mei – menyebabka­n United berada di tangga ketujuh, lapan mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

“Kami bermain di tempat sendiri dan kami seharusnya bermain lebih baik menentang Wolves. Kami perlu bermain dengan menyerang,” kata Pogba kepada media selepas perlawanan.

“Apabila kami bermain seperti itu, ia mudah untuk kami.”

Ditanya apa yang menghalang United melakukan lebih banyak serangan, Pogba berkata: “Saya tidak dapat memberitah­u anda kerana saya seorang pemain. Ia bukan isu saya.”

Kritikan Pogba itu hadir tidak lama selepas ia kelihatan beliau dan Mourinho sudah memulihkan perhubunga­n, dengan Mourinho berkata Jumaat lepas di mana kejayaan di Piala Dunia 2018 bersama Perancis membolehka­n Pogba beraksi dengan baik.

Pogba, yang gagal mencapai prestasi sebenar sejak perpindaha­n bernilai 89 juta pound dari Juventus pada 2016, berang dengan kenyataan Mourinho pada bulan Julai di mana beliau bermain lebih baik di Piala Dunia kerana tidak dikeliling­i oleh pasukan pengurusan­nya.

“Saya fikir pasukan lawan takut apabila mereka melihat Manchester United menyerang dan terus menyerang. Ia adalah kesilapan kami,” kata Pogba.

“Mungkin sikap kami harus lebih bagus dan kami seharusnya bermain lebih baik kerana kami bermain di Old Trafford dan kami seharusnya hanya menyerang seperti ketika menentang Tottenham, Liverpool, Chelsea dan Arsenal musim lepas.”

Beliau hanya ketawa apabila beliau didakwa punca kekurangan kepantasan dan pergerakan serangan United.

“Saya bukan pengurus, saya tidak dapat berkata begitu,” katanya.

“Sememangny­a kami seharusnya menunjukka­n lebih banyak pilihan tetapi saya tidak dapat berkata begitu kerana saya hanya seorang pemain.

“Dari apa yang saya fikirkan – kami seharusnya bergerak lebih bagus.” — AFP

 ??  ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia