Utusan Borneo (Sarawak)

Serie A: Ranieri enggan mengulas spekulasi kembali bimbing Roma

-

MILAN, Itali: Bekas jurulatih AS Roma, Claudio Ranieri, enggan bercakap tentang spekulasi di mana beliau mungkin akan mengisi jawatan sekiranya Eusebio Di Francesco dipecat oleh kelab.

Pemilik kelab, James Pallotta berkata beliau “kecewa” selepas kelab tercicir ke tangga ke-14 Serie A Itali ekoran kekalahan 0-2 di Bologna hujung minggu lepas.

Ranieri, 66, mencipta kejutan apabila membimbing Leicester City muncul juara Liga Perdana Inggeris pad 2016 tetapi beliau kini tanpa sebarang kelab selepas meninggalk­an kelab Ligue 1 Perancis, Nantes, pada bulan Mei lepas.

“S a y a s e o r a n g penyokong, Roma di hati saya tetapi saya berharap Di Francesco boleh membawa kelab ke hadapan,” kata Ranieri ketika memberitah­u satu program radio apabila ditanya jika beliau berminat untuk kembali ke kelab di tanahairny­a.

Ranieri memulakan karier bermain sebagai pemain pertahanan di Roma pada 1973 dan kemudian menjadi jurulatih Roma selama dua tahun dari 2009, terlepas peluang memenangi kejuaraan pada 2010.

“Kegagalan kami memenangi kejuaraan pada hari terakhir liga masih menyakitka­n untuk dikenang. Saya kerap memikirkan­nya walaupun saya menebus kekecewaan itu dengan kejuaraan di Leicester,” kata bekas jurulatih Chelsea, Napoli dan Inter Milan itu, yang turut berkata beliau masih berminat untuk terus membimbing pasukan.

Ranieri dalam pada itu percaya Roma menerima padah kerana menjual pemain utama berbanding menyalahka­n Di Francesco, yang memulakan tugas pada 2017 dan membimbing kelab ke tangga ketiga liga musim lepas.

Penjaga gol, Alisson, berpindah ke Liverpool pada musim panas dengan pemain tengah, Radja Nainggolan berpindah ke Inter dan Kevin Strootman ke Marseille.

“Di Francesco adalah salah seorang jurulatih muda terbaik di Itali, untuk sebab kewangan, pasukan telah berubah dengan tiga tunjang utama kelab telah dijual,” kata beliau.

“Apabila seorang jurulatih dilantik, beliau tahu falsafah pasukannya. Di Francesco tahu apa yang beliau hadapi.

“Roma menjual pemain terbaik mereka sejak bertahun- tahun, walaupun ia jelas tiada siapa menjangkak­an pasukan akan bermain seperti ini.

“Pemain kelihatan takut menyentuh bola. Potensinya ada di sini.”

Menurut laporan media, Di Francesco diberikan dua perlawanan untuk menyelamat­kan jawatannya, bermula dengan perlawanan menentang Frosinone pada pertengaha­n minggu dan menentang kelab jiran, Lazio di hujung minggu.

Bekas pengurus Chelsea, Antonio Conte, juga disebut-sebut sebagai antara calon pengganti, bersama-sama Paulo Sousa, yang pernah membimbing Fiorentina pada 2015 hingga 2017. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia