Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi atlet-atlet negeri secara keseluruha­n tampilkan saingan kompetitif SUKMA ke-19 di Perak

-

IPOH: Temasya Sukan Malaysia ( SUKMA) semakin menunjukka­n peningkata­n kualiti apabila prestasi atlet negeri secara keseluruha­n menampilka­n saingan kompetitif terutama dalam kalangan mereka berusia 16 hingga 21 tahun.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara ( MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkembang­an positif itu dapat dilihat menerusi taburan pingat emas antara juara, naib juara dan tempat ketiga keseluruha­n, berbanding kontinjen berada di kedudukan lima ke bawah, tidak begitu ketara.

Terengganu muncul juara keseluruha­n dengan kutipan 56 pingat emas, 51 perak dan 53 gangsa manakala tempat kelima hingga kelapan, melibatkan Perak di tempat kelima dengan meraih 37 emas, diikuti Pahang 33 emas dan Pulau Pinang 32 emas pada SUKMA edisi ke-19 Perak, yang berakhir Sabtu lalu.

“Hampir semua negeri mempamerka­n peningkata­n mendadak dan taburan pingat emas diperoleh negeri-negeri juga agak seimbang.

“Ini menunjukka­n program pelapis negeri-negeri juga menunjukka­n peningkata­n. Ia satu perkembang­an positif yang ditunjukka­n pada SUKMA kali ini.

“Program- program dijalankan majlis sukan negeri perlu ditingkatk­an lagi bagi menggalakk­an saingan dalam temasya Sukma pada masa akan datang supaya setanding prestasi atlet kebangsaan,” katanya pada sidang media mengenai pencapaian keseluruha­n SUKMA ke-19.

Untuk rekod, olahraga menyaksika­n tujuh rekod kejohanan dileburkan ter- masuk rekod 18 tahun lompat bergalah wanita milik Roslinda Samsu; rekod 16 tahun 400m lelaki milik Zaiful Zainal Abidin dan rekod 22 tahun heptathlon dipegang Masliza Shaari.

Angkat berat yang sebelum ini digugurkan daripada sukan teras juga membuktika­n kemampuan mereka apabila lima rekod kebangsaan dan 27 rekod SUKMA diperbahar­ui.

Menembak juga menyaksika­n 10 rekod kebangsaan dilakarkan cuma bagi sukan renang hanya satu rekod kebangsaan dan 14 rekod kejohanan dilakukan.

“Namun masih ada sukan masih jauh ketinggala­n seperti gimrama, gimnas- tik dan terjun yang masih didominasi negeri-negeri yang sama. Kita juga dapat lihat negeri-negeri seperti Sabah sudah mula meningkat dan mempamerka­n saingan hebat dalam sukan hoki, sepak takraw wanita dan silat,” katanya.

Ahmad Shapawi berkata pada temasya SUKMA kali ini, 1,381 atlet (780 lelaki dan 601 wanita) daripada program Kita Juara dan Pelapis terpilih mewakili negeri masing- masing. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJLIS PENUTUPAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menyaksika­n penyerahan Obor SUKMA dari Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian (dua kanan) pada Majlis Penutupan SUKMA Ke-19 di Stadium Perak, Ipoh pada 22 September lepas. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri). Gambar sisipan Ahmad Shapawi.
— Gambar Bernama MAJLIS PENUTUPAN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menyaksika­n penyerahan Obor SUKMA dari Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian (dua kanan) pada Majlis Penutupan SUKMA Ke-19 di Stadium Perak, Ipoh pada 22 September lepas. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri). Gambar sisipan Ahmad Shapawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia