Utusan Borneo (Sarawak)

Persaingan K-League 2018 semakin menarik

-

SIBU: Pasukan Hypno berjaya menjuarai pertanding­an boling siri ketiga sempena Nangka Challenge Series 2018 (NCS).

Hypno yang berjaya mengumpul 1,891 mata membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan 3 Sparta yang mengumpul 1,874 mata membolehka­n mereka menerima wang tunai RM1,000.

Pasukan UCTS A (1,802 mata) dan Lelah Kami Tuan (1,790 mata) masing-masing berkongsi tempat ketiga, sekaligus menerima hadiah wang tunai RM250.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh pengerusi penganjur NCS, Kaunselor Jimmy De Rozario. Hadir sama pengerusi pengelola pertanding­an bilong NCS, Osman Yusof.

Siri ketiga pertanding­an boling ini disertai 17 pasukan.

Pertanding­an siri keempat juga siri terakhir akan berlangsun­g pada 14 Oktober ini di Sibu Superbowl.

Pemenang keempat-empat siri akan bertanding pada pertanding­an akhir menawarkan hadiah wang tunai RM5,000 kepada juara. KUCHING: Persaingan K- League 2018 semakin menarik selepas beberapa keputusan di luar jangkaan dicatat pada perlawanan minggu lalu.

Kekalahan mengejut 1- 2 AXIS FC di tangan Enraz FC pada Sabtu lalu membuka luas perebutan kejuaraan.

Meskipun masih di puncak liga dengan mengumpul 12 mata, kedudukan AXIS FC kini diancam KSK Satok yang turut mengumpul 12 mata selepas mencatat kemenangan 2- 0 ke atas UiTM Sarawak FA juga pada minggu lalu.

Peluang juga masih terbuka buat Enraz FC memintas dua pencabar di slot teratas selepas kini mengumpul 10 mata untuk berada kedudukan ketiga.

Kebangkita­n turut dilakarkan oleh Rzurf Excellent pada pusingan kedua dengan berjaya menjinakka­n SSN Sarawak 30 pada Ahad lalu untuk mengumpul tujuh mata dan berada di kedudukan keempat.

SSN pula di tangga kelima ( 6 mata) manakala UiTM Sarawak FC kekal tangga tercorot tanpa sebaran mata.

Sementara itu, tiga lagi perlawanan akan berlangsun­g pada hujung minggu ini menyaksika­n UiTM Sarawak FC berdepan SSN Sarawak pada Sabtu ini di Padang D, Petra Jaya.

KSK Satok pula menanti kunjungan Enraz FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada masa sama.

Manakala pada Ahad, Rzurf Excellent melayan kunjungan AXIS FC di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Semua perlawanan bermula jam 4.15 petang.

 ??  ?? BANGKIT: Rzurf Excellent semakin menunjukka­n kebangkita­n pada saingan K-League 2018.
BANGKIT: Rzurf Excellent semakin menunjukka­n kebangkita­n pada saingan K-League 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia