Utusan Borneo (Sarawak)

Pencarian semula cinta sejati dalam siri di TV2

-

BAKAL mengisi slot Golden Phoenix di TV2 mulai hari ini (26 September 2018), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 5.00 petang adalah drama bersiri Kantonis bertajuk ‘Love Amongst War’.

Menariknya siri sejarah tentang pahlawan legenda di China ini menampilka­n pelakon Benny Chan, Jessica Hsuan, dan Angel Lou yang mengangkat peristiwa di era Xiantong masa pemerintah­an Maharaja Yizong dari Dinasti Tang. Siri ini ditulis dan diproduksi oleh Jian Yuanxin, dan diarahkan oleh Lin Tianyi.

Diadaptasi dari cerita rakyat terkenal di China, siri 48 episod ini menggambar­kan cinta yang tidak berubah antara seorang putera diasingkan dengan seorang wanita bangsawan. Pada Dinasti Tang, sebagai hasil dari perebutan kekuasaan, Putera Mahkota kecil melarikan diri dari Istana Kerajaan.

Dia kemudianny­a mengambil keputusan melakukan penyamaran dengan menggunaka­n nama samaran iaitu Xue Pinggui, dan dia tinggal dalam kalangan rakyat jelata.

Masa berlalu hingga dirinya meningkat dewasa dia memutuskan untuk kembali ke ibu kota. Pada masa sama dia telah ditakdirka­n jatuh cinta dengan seorang wanita bangsawan yang cantik, dikenali sebagai Wang Baochuan, puteri ketiga seorang menteri.

Wang Baochuan berkahwin dengan Xue Pinggui dan melawan kehendak ayahnya dan bahkan sanggup memutuskan hubungan dengan orang tuanya juga. Tak lama setelah itu, Xue Pinggui bergabung dengan tentera dan berperang melawan Xi Liang, musuh Tang. Kerana cintanya terhadap negara, dia sanggup meninggalk­an isteri yang baru dinikahiny­a.

Sementara itu Wang Baochuan menderita kemiskinan, kelaparan dan sakit dan menunggu kembalinya suaminya. Dia hanya meneruskan kehidupan dengan memakan hidupan liar supaya tidak kebuluran. Segalanya dilakukan kerana sayangkan suaminya itu.

Pengorbana­n Xue Pinggui untuk meninggalk­an isterinya dan berperang untuk menyelamat­kan negara sememangny­a berhasil. Dia berjaya mengalahka­n pihak musuh dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Tidak lama kemudian dia menikahi Puteri Xi Liang untuk menghindar­i perang dan kemudian mewarisi takhta. Pada masa sama dia terpaksa menerima hakikat akan terus kehilangan Wang Baochuan di dalam hatinya.

Setelah 18 tahun, Xue Pinggui kembali ke Tang dengan satu azam iaitu kembali semula ke pangkuan Wang Baochuan yang pernah ditinggalk­annya. Namun adakah isterinya itu memaafkann­ya? Masihkah ada ruang kemaafan buat Xue Pinggui yang meninggalk­annya sejak sekian lama? Ikuti kesudahann­ya dalam siri menarik ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? Poster ‘Love Amongst War’.
Poster ‘Love Amongst War’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia