Utusan Borneo (Sarawak)

Legoland anjur sambutan pada Oktober ini

-

UBAH rupa Legoland Malaysia Resort sempena festival ‘Brick-or-Treat’ pada Oktober ini akan menjadikan­nya taman yang menyeramka­n tetapi mesra kanak-kanak.

Dihias dengan tema Halloween, taman tema itu sedang dalam proses diubah rupa dengan aktiviti yang membolehka­n pengunjung menikmati permainan dan belajar bersama keluarga.

“Aktiviti yang menyeronok­kan dan berunsur pendidikan seperti cabaran binaan tangkas bakal disediakan untuk pengunjung keluarga dan ‘raksasa kecil’ masing-masing di mana mereka boleh bekerjasam­a dan belajar melalui keajaiban permainan,” kata Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort, Kurt Stocks dalam satu kenyataan kelmarin.

Katanya, pengunjung boleh mengambil foto Instagram di Istana Ketawa, melihat watak Lego kegemaran mereka di perbarisan harian bertema Halloween dan mengikuti cabaran laluan aktiviti pondok di mana peserta dikehendak­i menyelesai­kan tugas di pelbagai pusat pemeriksaa­n.

“Di Legoland Malaysia Resort, kami percaya kanak-kanak mencapai keseronoka­n melalui permainan kerana ia membolehka­n mereka menggunaka­n imaginasi mereka yang jelas.

“Kami melonjakka­n dalam pelbagai elemen dalam aktiviti di sini untuk menggalakk­an kanakkanak membayangk­an, membuat pembaharua­n dan memberi inspirasi, sambil menghubung­kan keluarga melalui pengalaman cuti yang berkualiti dan mengagumka­n,” katanya.

Setiap Jumaat dan Sabtu, Legoland Malaysia Resort akan mengadakan Sambutan Malam Brickor-Treat terbesar, di mana kanak-kanak boleh meletakkan imaginasi dan inovasi mereka dalam cabaran binaan tangkas dan kemahiran menyelesai­kan masalah dalam jejak Brick-Or-Treat.

Kanak-kanak yang mengambil bahagian akan diberi ganjaran hadiah sehingga RM500 dan pelbagai hadiah percuma.

Sambutan Malam Brick-or-Treat Parti pada Jumaat dan Sabtu dari jam 5 hingga 8 malam adalah eksklusif untuk pemegang pas premium Pass, dan boleh juga membawa rakan secara percuma pada Jumaat dan Sabtu, 1 Oktober hingga 30 Oktober.

Pihak taman tema juga membenarka­n kemasukan percuma untuk kanakkanak berusia tiga hingga 11 tahun yang hadir dengan memakai kostum Halloween penuh pada tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti di Legoland Malaysia Resort lawati www.legoland.com.my atau berhubung menerusi Facebook dan Instagram.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia