Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat, banjir jejas negeri di utara India

- — Bernama

NEW DELHI: Hujan lebat tidak henti-henti dan situasi banjir telah dilaporkan berlaku di negeri Punjab dan Himachal Pradesh yang terletak di utara India sejak tiga hari lepas.

Lebih 10 orang telah terkorban setakat ini di kedua-dua negeri, malah institusi pendidikan ditutup dan tentera diletak dalam keadaan berjaga-jaga untuk membawa bantuan dan melaksanak­an kerja-kerja menyelamat di kawasan terjejas.

Ibu negara Delhi turut menyaksika­n hujan dan cuaca sejuk sejak beberapa hari lepas, yang menyebabka­n suhu tiba- tiba menjunam, menurut agensi berita China Xinhua.

Jabatan meteorolog­i turut meramalkan hujan lebat di beberapa negeri di bahagian utara dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut edisi online India Today, sejumlah enam penyelidik telah hilang di Himachal Pradesh.

“Beratus-ratus orang terkandas di pelbagai tempat susulan penggantun­gan perkhidmat­an bas di Himachal Pradesh,” lapor India Today.

Banyak sungai di negeri yang berbukit- bukau itu dikatakan melimpah dan merosakkan lebih 100 jalan, termasuk beberapa lebuh raya.

Lebuh Raya Nasional No 21 telah ditenggela­mi air dan menyebabka­n lalu- lintas tergendala, menurut laporan media.

Gerbang pelbagai empangan terpaksa dibuka meskipun paras air melepasi tahap bahaya.

Susulan hujan lebat dan angin kencang, pokokpokok telah tercabut, tumbang dan merosakkan kenderaan.

Berpuluh-puluh jambatan dilaporkan telah dihanyutka­n di kawasan Chamba, Kullu dan Kangra di Himachal Pradesh. Situasi itu bertambah buruk selepas air dilepaskan dari empangan projek kuasa hidroelekt­rik termasuk Larji, Pandoh dan Sanan di Mandi serta Chamera di daerah Chamba.

Trafik di Lebuh Raya Nasional No 21 masih digantung di Aut, di mana sebatang jalan telah ditenggela­mi air sepenuhnya.

Penutupan lebuh raya itu telah memutuskan hubungan stesen bukit Manali dari ibu pejabat daerah di Kullu.

Selain kawasan berbukit, hujan lebat turut menjejaska­n kawasan dataran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia