Utusan Borneo (Sarawak)

Filipina jalin kerjasama rapat dengan Nigeria untuk bebaskan tujuh rakyatnya yang diculik

-

MANILA: Kerajaan Filipina kini bekerjasam­a rapat dengan Nigeria bagi memastikan pembebasan selamat tujuh rakyatnya yang diculik Sabtu lepas oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan negara Afrika itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) pada Selasa.

Menurut kenyataan DFA, ia sedang “mengambil langkah- langkah sewajarnya” bagi memastikan keselamata­n pekerja warga Filipina itu, yang merupakan antara 12 anak kapal “MV Glarus, sebuah kapal kargo Switzerlan­d, yang telah diculik.

Kedutaan Filipina di Abuja, Nigeria dan Bern, Switzerlan­d sedang melakukan penyelaras­an yang perlu dengan pihak berkuasa berkenaan untuk mendapatka­n maklumat tambahan tentang keadaan dan keberadaan tujuh anak kapal MV Glarus dari Filipina itu.

Kedutaan Filipina di Abuja, Nigeria berkata mereka adalah antara 12 daripada anak kapal yang dilaporkan telah dijadikan tebusan oleh kumpulan lelaki bersenjata itu ketika kapal tersebut dalam perjalanan dari Lagos ke Pelabuhan Harcourt.

Duta Filipina ke Nigeria, Shirley Vicario, berkata mereka adalah antara 12 anak kapal itu yang berasal dari Filipina.

Beliau berkata lima lagi warga Filipina dan dua warga asing telah ditinggalk­an atas kapal kargo itu namun setakat ini tidak dapat dipastikan kenapa mereka tidak turut dijadikan tebusan.

Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano, telah mengarahka­n Pejabat Hal Ehwal Pekerja Migran DFA untuk memaklumka­n dan menghantar bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa. DFA tidak mengenal pasti identiti mangsa culik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia