Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua pembangkan­g Rusia anjur protes haram kena 20 hari

- A5 Muka

MOSCOW: Ketua pembangkan­g utama Rusia, Alexei Navalny dijatuhkan hukuman penjara selama 20 hari kerana menganjurk­an bantahan pembangkan­g dalam keputusan mahkamah yang baharu kelmarin, hari ketika dia dibebaskan selepas meringkuk di dalam penjara selama sebulan, menurut jurucakapn­ya.

“Dua puluh hari,” Kira Yarmysh menyatakan dalam Twitter selepas sebuah mahkamah daerah Moscow mengemukak­an keputusan pada lewat kelmarin.

Penganjur kempen antirasuah berusia 42 tahun itu sekarang telah menghabisk­an tempoh selama 50 hari di dalam penjara kerana menganjurk­an dua bantahan pembangkan­g.

Dia telah ditahan pada awal kelmarin sebaik sahaja dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman 30 tahun kerana menganjurk­an rali pembangkan­g pada Januari.

Dia ditempatka­n selama kira-kira lapan jam di dalam sebuah sel tahanan sebelum perbicaraa­n.

Keputusan baharu telah dikaitkan dengan permintaan Navalny kepada rakyat Rusia untuk berkumpul di jalan raya pada 9 September.

Navalny melakukan bantahan ini tepat pada masa agar sama dengan satu pilihan raya seluruh negara ketika rakyat Rusia mengundi bagi memilih seorang datuk bandar Moscow dan beberapa gabenor wilayah.

Navalny telah dipenjarak­an sebelum bantahan pada 9 September ketika ribuan orang berkumpul di sekitar Rusia dan lebih seribu orang telah ditahan, menurut sebuah badan pemerhati bebas.

Para sekutunya berasa bimbang bahawa dua kes pentadbira­n yang berturut-turut bermakna pihak berkuasa mungkin sedang bersedia bagi membuka satu siasatan jenayah terhadap musuh utama Putin.

Dalam kes itu, dia mungkin akan berdepan dengan hukuman yang lebih lama.

Sebelum keputusan tersebut, Amnesty Internatio­nal telah menggesa pihak berkuasa Rusia agar membebaska­n ahli politik pembangkan­g.

“Dia adalah seorang tahanan bagi suara hati yang tidak melakukan sebarang jenayah,” kata Natalia Zviagina, pengarah Amnesty Internatio­nal di Russia, dalam satu kenyataan. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIHUKUM PENJARA: Navalny (dua kiri), yang ditahan berhubung tuduhan mengadakan protes haram dan dijatuhi hukuman penjara selama 20 hari, dilihat di dalam bangunan mahkamah di Moscow kelmarin.
— Gambar Reuters DIHUKUM PENJARA: Navalny (dua kiri), yang ditahan berhubung tuduhan mengadakan protes haram dan dijatuhi hukuman penjara selama 20 hari, dilihat di dalam bangunan mahkamah di Moscow kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia