Utusan Borneo (Sarawak)

PM New Zealand bawa bayi ke perhimpuna­n PBB

- — AFP

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Perdana Menteri New Zealand, yang menjadi terkenal di peringkat antarabang­sa kerana melahirkan anak ketika memegang jawatan, berasa bangga kelmarin dengan membawa anak perempuann­ya berusia tiga bulan ke dewan perhimpuna­n PBB.

Jacinda Ardern, 38, merupakan pemimpin dunia kedua yang melahirkan anak ketika masih memegang jawatannya. Orang pertama adalah Benazir Bhutto, yang menjadi perdana menteri Pakistan ketika anak perempuann­ya dilahirkan pada 1990.

Perdana menteri itu telah dirakamkan mencium dan mengagah- agah anak perempuann­nya Neve di dewan perhimpuna­n utama bersebelah­an dengan pasanganny­a Clarke Gayford, pada mesyuarat lengkap dikenali sebagai Persidanga­n Damai Nelson Mandela di mana beliau turut berucap.

Gayford, yang merupakan pengacara rancangan memancing di televisyen dan merancang untuk menjadi penjaga utama untuk anak perempuan mereka, menghantar dalam Twitter sekeping gambar ID diplomatik PBB untuk bayi itu yang menunjukka­n dia sebagai “bayi pertama New Zealand”.

“Saya berharap saya boleh merakamkan wajah terkejut seorang delegasi Jepun di dalam PBB semalam yang berjalan masuk ke dalam sebuah bilik mesyuarat di tengah-tengah proses menukar lampin,” tulis beliau.

Ardern menjadi perdana menteri pada Oktober hanya tiga bulan selepas mengambil alih Parti Buruh ketika ia menjadi lemah dalam pilihan raya. Beliau kembali bekerja pada bulan lepas selepas cuti bersalin selama enam minggu.

Beliau telah mengumumka­n bahawa mereka akan pergi sebagai satu keluarga ke PBB di New York, di mana beliau akan berucap pada Perhimpuna­n Agung. Pada awal kelmarin, beliau telah bercakap semasa pelancaran acara tahunan “Climate Week”.

Kehamilan, menjadi ibu dan kerajaan pakatan beliau telah menjadikan beliau sebagai contoh bagi feminis dengan latar belakang untuk pergerakan # MeToo di Amerika Syarikat, di mana beliau telah mengambil bahagian dalam satu siri kemunculan media.

“Saya perlu kata ia rasanya pada masa itu adalah setara!”... beliau bergurau dalam program utama pagi ‘ The Today Show’ dalam NBC News, ketika ditanya apa yang lebih sukar – membawa seorang bayi berusia tiga bulan dalam penerbanga­n selama 17 jam atau menguruska­n negara.

 ?? — Gambar Reuters ?? KASIH IBU: Ardern mencium bayinya sebelum bercakap pada Persidanga­n Damai Nelson Mandela semasa Perhimpuna­n Agung PBB ke-73 di New York kelmarin.
— Gambar Reuters KASIH IBU: Ardern mencium bayinya sebelum bercakap pada Persidanga­n Damai Nelson Mandela semasa Perhimpuna­n Agung PBB ke-73 di New York kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia