Utusan Borneo (Sarawak)

Iran, EU sepakat terus pelihara JCPOA

-

NEW YORK: Iran dan Kesatuan Eropah (EU) sepakat untuk terus memelihara perjanjian Nuklear Iran atau pelan Tindakan Komprehens­if Bersama ( JCPOA), meskipun Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu,lapor agensi berita Iran IRNA.

Kesepakata­n itu disuarakan Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif dan Wakil Tinggi Kesatuan Eropah bagi Dasar Luar Negeri dan Dasar Keselamata­n Federica Mogherini, menerusi kenyataan bersama buat pertama kali sejak pengundura­n AS.

Kenyataan penuh itu dibacakan oleh Zarif dan Mogherini di mesyuarat Peringkat Menteri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antaranya membabitka­n China, Perancis, Jerman, Rusia dan United Kingdom, di New York pada Isnin.

Kedua- dua pihak turut membincang­kan proses dan pelaksanaa­n penyelesai­an praktikal untuk isu yang timbul, susulan pengundura­n AS dan pelaksanaa­n semula sekatan ke atas Iran.

Anggota JCPOA juga mengesahka­n komitmen mereka untuk melaksanak­an secara penuh dan efektif dengan hasrat mewujudkan persekitar­an yang aman.

JCPOA telah menjadi elemen penting dalam pengawalan senjata nuklear dan pencapaian diplomasi pelbagai hala yang diiktiraf sebulat suara oleh Majlis Keselamata­n PBB melalui Resolusi 2231.

Peserta mesyuarat turut mengiktira­f komitmen Iran yang disahkan oleh 12 laporan berturut-turut oleh Agensi Tenaga Atom Antarabang­sa.

Selain itu, mesyuarat turut menyokong penyelidik­an moden yang dijalankan oleh Komples Nuklear Arak sebagai sebahagian perjanjian JCPOA dan menyokong projek dalam bidang kerjasama nuklear sivil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia