Utusan Borneo (Sarawak)

Hartanah: Pengecuali­an SST langkah baik, namun penguatkua­saan sangat penting

-

KUALA LUMPUR: Kenyataan kerajaan bahawa ia mungkin membatalka­n pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang diberikan kepada pemaju hartanah jika mereka gagal menurunkan harga, merupakan berita gembira untuk rakyat Malaysia, terutama golongan muda yang mahu membeli hartanah pertama mereka.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee berkata, pengecuali­an SST merupakan langkah positif, dengan syarat penguatkua­saan dijalankan dengan tegas.

“Kita sudah menyaksika­n pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), namun harga tidak berubah sepanjang tempoh itu, sebaliknya meningkat selepas pelaksanaa­n SST. Ini sangat pelik,” katanya kepada Bernama.

Pada persidanga­n pemajupema­ju hartanah di sini kelmarin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan telah mengambil langkah positif dengan memberikan pengecuali­an SST, dan kini menunggu penggiat hartanah untuk menurunkan harga rumah.

Yee berkata, kedudukan lebihan hartanah sekarang perlu ditangani, dan jika harga turun, ia mungkin mengurangk­an margin pemaju.

“Bagaimanap­un, kami menganggap pemaju hartanah mampu menampung kekurangan margin ini memandangk­an mereka perlu menghabisk­an unit sedia ada sebelum unit baharu (selepas sifar SST) berkuat kuasa,” katanya sambil menambah bahawa kedua-dua penggiat pembinaan dan hartanah kini menikmati margin bersih antara 10 dan 15 peratus.

Pengenalan semula SST, atau SST 2.0, awal bulan ini dijangka dapat menurunkan harga barangan secara amnya walaupun terdapat kenaikan harga untuk beberapa barangan.

Bulan lepas Lim berkata SST tidak akan membebanka­n pengguna kerana tiada kenaikan harga yang ketara. Cukai perkhidmat­an enam peratus dan cukai jualan 10 peratus hanya dikenakan ke atas produk dan perkhidmat­an tertentu.

Sementara itu, penganalis­is lain berkata, pasaran hartanah Malaysia telah mencapai paras terendah dan perlu bangkit.

“Kami menjangkak­an pembeli hartanah akan kembali bermula dari tempoh sifar cukai selama tiga bulan, dan pengumuman ini akan mewujudkan sentimen peningkata­n ke atas sektor ini,” katanya.

Beliau berharap dapat melihat lebih banyak habuan untuk sektor itu dalam Belanjawan 2019, yang akan dibentangk­an di Parlimen pada 2 November.

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, sebaliknya, mengalu-alukan penarikan balik pengecuali­an SST jika harga rumah kekal tinggi.

“Bagaimanap­un, perkara lain seperti harga tanah juga harus ditangani. Kami menggesa kerajaan mengkaji dasarnya dan memberi penjelasan secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia