Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE akan kukuhkan kehadiran Malaysia di Azerbaijan, Kazakhstan

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia ( MATRADE) menerajui misi perdaganga­n menerusi Misi Pemecutan Eksport ( EAM) bagi mempromosi minyak, gas dan keupayaan tenaga Malaysia di rantau Asia Tengah dan Caspian minggu depan.

Misi ini seiring dengan Pameran Minyak dan Gas Antarabang­sa Kazakhstan (KIOGE) 2018 di Baku, Azerbaijan mulai 24 hingga 26 September dan di Almaty, Kazakhstan mulai 26 hingga 28 September, kata agensi promosi perdaganga­n na- sional tersebut dalam dalam satu kenyataan di sini.

Sebanyak 15 syarikat Malaysia yang mewakili produk dan perkhidmat­an daripada pelbagai segmen perindustr­ian seperti perkhidmat­an radiasi, perkhidmat­an integrasi sistem, perkhidmat­an kejurutera­an serta sistem dan kelengkapa­n saluran paip turut menyertai misi tersebut.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, KIOGE 2018 akan menjadi platform ideal bagi syarikat Malaysia untuk meningkatk­an peluang perangkaia­n perniagaan mereka kerana ia merupakan pameran perdaganga­n minyak, gas dan tenaga terbesar di rantau Asia Tengah.

Keyakinann­ya untuk mendapatka­n hasil yang baik adalah berasaskan fakta bahawa agensi itu sebelum ini telah menganjurk­an inisiatif yang sama pada 2015, di mana 10 syarikat Malaysia melaporkan jualan sebanyak RM860.98 juta, kata kenyataan itu.

Selain sesi mesyuarat perniagaan yang disusun khas, syarikat Malaysia juga akan turut serta dalam perbincang­an meja bulat dengan pemimpin industri di Azerbaijan dan Kazakhstan.

Di samping itu, peserta juga akan menghadiri taklimat perniagaan mengenai pasaran yang berpotensi di Asia Tengah dan meneroka sektor industri tertentu melalui penglibata­n dengan bakal pelanggan di kedua- dua bandar.

“Kami yakin bahawa permintaan barangan dan perkhidmat­an, terutama bagi sektor perkhidmat­an yang berkaitan dengan industri minyak dan gas di Azerbaijan, Kazakhstan dan negara-negara jiran akan berkembang dengan pesat,” kata Wan Latiff. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia