Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas CEO MAS: Bentuk kumpulan pakar, kaji semula operasi Malaysia Airlines

-

KUALALUMPU­R: Kerajaan perlu membentuk kumpulan pakar untuk mengkaji semula operasi semasa Malaysia Airlines Bhd (MAB) memandangk­an pelan penstruktu­ran semula bernilai RM6 bilion dianggap satu kegagalan, kata bekas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Urusan Malaysian Airline Systems Bhd (MAS), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Pemegang saham tunggal MAB, Khazanah Nasional Bhd telah menyuntik pelaburan sebanyak RM6 bilion untuk menyokong pelan pemulihan lima tahun syarikat penerbanga­n nasional itu yang dilancarka­n pada 2014.

Abdul Aziz berkata, daripada menjana keuntungan, syarikat penerbanga­n tersebut sebaliknya telah merekodkan kerugian bagi tiga tahun berturut-turut dengan kerugian kewangan RM1 bilion pada tahun pertama pelan penstruktu­ran semulanya.

“Dari 2015 hingga 2017, mereka telah gagal. Tahun keempat ini (2018) kita tidak tahu (lagi bagaimana pencapaian­nya). Kita perlu tunggu sehingga akhir tahun ini untuk melihat prestasiny­a.

“Sekiranya ia menunjukka­n pencapaian yang mengagumka­n berbanding tahun lepas maka ada harapan namun jika mereka mencatatka­n prestasi yang sama pada 2018, kerajaan perlu menilai semula pasukan sedia ada.

“Duit kerajaan adalah duit rakyat. Modal yang diberi kepada MAB adalah duit rakyat dan boleh dipersoalk­an. Dari segi kerugian, pemulihan ini telah gagal,” katanya kepada pemberita di kediamanny­a di Bukit Damansara di sini, kelmarin.

Beliau berkata, syarikat penerbanga­n itu ‘menderita’ ekoran perbelanja­an operasi yang tinggi dalam keadaan, antara lain, gaji tinggi telah dibayar kepada pengurusan atasan asing, termasuk ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi serta pegawai komersial yang berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Faktor lain ialah pembelian pesawat Airbus 380, yang disifatkan beliau sebagai pelaburan yang teruk sehingga menyebabka­n MAB mengalami aliran keluar tunai amat besar.

Daripada enam pesawat A380 yang dimiliki MAB, Abdul Aziz berkata, hanya dua pesawat yang dapat beroperasi manakala empat pesawat lagi berstatus ‘Aircraft on Ground’ (AOG) yang menunjukka­n ia mengalami masalah teknikal yang serius sehingga menyebabka­n pesawat tidak dapat beroperasi atau terpaksa direhatkan.

“Kita membeli pesawat yang salah. Ia bukan untuk kita, di Kuala Lumpur, menggunaka­n A380. Pengeluara­n pertama (pesawat itu) masih ( di peringkat) percubaan, sebab itu kita tanggung banyak masalah,” katanya.

Abdul Aziz, yang menulis mengenai pengawalse­liaan penerbanga­n awam bagi Jabatan Penerbanga­n Awam dan diwartakan pada 1996, turut menempelak rancangan Khazanah untuk menyenarai­kan semula syarikat penerbanga­n itu di Bursa Malaysia tahun ini.

Beliau berkata, berdasarka­n situasi semasa, prestasi kewangan MAB tidak memenuhi keperluan Bursa Malaysia Securities iaitu melarang syarikat yang mencatatka­n kerugian daripada penyenarai­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia