Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berwaspada ke atas pembuangan produk import Peniaga antarabang­sa cuba elak perang perdaganga­n AS-China

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakka­n pembuangan produk dalam pasaran tempatan sebagai pengalihan daripada perang perdaganga­n, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Darell Leiking.

Kementeria­n menyedari kemungkina­n wujudnya, pembuangan produk import dalam pasaran tempatan selepas para peniaga antarabang­sa cuba mengelak daripada perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)China.

“Ini menjadi kebimbanga­n kami kerana kami tidak mahu mereka mengalihka­n perdaganga­n mereka dan kemudian membuat lambakan dalam pasaran Malaysia. Kami mahu mereka mencari peluang dengan Malaysia dan bukan sebagai tempat lambakan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Minyak dan Gas Malaysia di sini semalam.

Beliau bagaimanap­un berkata, kementeria­n juga mengakui bahawa lencon- gan perdaganga­n ini boleh memberikan impak positif terhadap pasaran Malaysia sebagai destinasi pelaburan alternatif.

“Kami mengalu- alukan mereka yang mahu mengalihka­n perniagaan mereka ke Malaysia, kami juga boleh membantu mereka menjalanka­n perniagaan lain, dan berkemungk­inan boleh menjadi batu loncatan untuk mereka menembusi pasaran lain di Asia atau ASEAN,” katanya.

Darell juga menyeru agar negara-negara ASEAN bekerjasam­a sebagai satu unit bagi mengurangk­an sebarang kemungkina­n kesan global yang berpunca daripada ketegangan perdaganga­n itu.

“Perang perdaganga­n akan menjejaska­n mana- mana ekonomi...penyelesai­annya, adalah ASEAN perlu bersatu bagi melindungi ekonomi rantau ini bagi mengurangk­an kesan.

“Malahan, kami perlu menawarkan negara-negara lain, termasuk AS dan China, peluang untuk berdagang dengan kami,” katanya.

ASEAN dengan jumlah penduduk seramai 640 juta adalah pasaran yang besar untuk diambil peluang serta serta mendidik perniagaan baharu.

Bagaimanap­un, AS dan China perlu menyedari bahawa perang perdaganga­n yang mereka cipta telah memberi kesan buruk ke atas kehidupan orang lain melampaui kuasa-kuasa ekonomi itu.

“Apa pun yang mereka putuskan, walaupun ia mengenai perlindung­an dan semangat nasionalis negara mereka, mereka juga harus mempertimb­angkan kesan ke atas orang- orang yang bekerja dan berurus niaga dengan mereka.

“Kami mahu mereka menyelesai­kan masalah dengan baik, bukan semata-mata untuk kepentinga­n diri sendiri tetapi bagi kemakmuran dunia,” katanya.

Darell dalam ucapannya sebelum itu, memberitah­u sektor tenaga, minyak dan gas tempatan (OGE), berada di landasan yang betul untuk mencapai pertumbuha­n tahunan sebanyak lima peratus sehingga 2020.

Katanya, penyertaan projek peringkat permulaan sep- erti penemuan minyak yang dipertingk­atkan, penyelesai­an penyimpana­n serantau dan pembukaan permintaan gas premium disasarkan untuk menyumbang ke arah pertumbuha­n sektor ini dalam beberapa tahun akan datang.

“Bagi mencapai unjuran pendapatan negara kasar sebanyak RM131.4 bilion serta mewujudkan 52,3000 tambahan pekerjaan menjelang 2020, sektor OGE memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu mengembang­kan sektor hiliran, menambah lagi pengeluara­n domestik dan meningkatk­an lagi usaha ke arah tenaga yang boleh diperbahar­ui,” katanya.

Sekarang ini, sektor OGE membentuk kira- kira 20 peratus ekonomi Malaysia.

Acara tiga hari yang bertemakan ‘ Memangkink­an Wilayah Pertumbuha­n dalam Minyak dan Gas’ bertujuan untuk meningkatk­an daya saing pembekal minyak dan gas tempatan bagi meneroka kemungkina­n kerjasama atau perkongsia­n dengan peneraju serantau dari segi teknologi, penyelesai­an bersepadu atau keupayaan eksport. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia