Utusan Borneo (Sarawak)

PKS digesa manfaat dana PKS BNM berbaki RM3.9 bilion

-

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memanfaatk­an dana PKS Bank Negara Malaysia (BNM) yang masih berbaki RM3.9 bilion ketika ini.

Mengulas aduan disuarakan PKS mengenai kesukaran mendapatka­n pinjaman, katanya, mereka boleh berhubung terus dengan BNM yang sentiasa sedia untuk membantu sekiranya mengalami masalah seperti tiada cagaran dan sebagainya.

“BNM ada Penolong Gabenor yang khas menguruska­n dana PKS ini...jadi tiada sebab mengapa susah untuk PKS mendapatka­n pinjaman.

“PKS yang ada masalah dengan bank, boleh hubungi BNM untuk membuat aduan dan kita benar-benar hendak bantu PKS dan kita mahu dana ini dipinjamka­n kepada PKS,” kata Lim pada satu sidang media, di sini, semalam.

Sementara itu, Penolong Gabenor BNM Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, daripada keseluruha­n dana PKS yang berjumlah RM3.9 bilion itu, sebanyak RM3.3 bilion diperuntuk­kan untuk PKS dalam semua sektor ekonomi, Projek Usahawan Bumiputera Fund- i ( RM191.4 juta), Sektor Pertanian Primer (RM97.9 juta) dan perusa- haan mikro (RM6.9 juta).

“Kita akan sentiasa cuba permudahka­n sebagai satu daripada usaha kita untuk memastikan mereka yang berdaya saing akan terus mendapat pinjaman,” katanya pada sidang media yang sama.

Abu Hassan berkata, BNM akan cuba melihat isu- isu yang dihadapi oleh PKS secara terperinci seperti operasi perniagaan dan daya saing menjalanka­n perniagaan.

Dana PKS BNM yang merupakan dana pusingan mudah dan mampu dimiliki oleh PKS, diperkenal­kan pada akhir 1990-an dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10.4 bilion.

Dana itu yang disediakan di semua bank perdaganga­n dan bank Islam, institusi kewangan pembanguna­n (IKP) dan juga Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Bhd (CGC) menyediaka­n bantuan kewangan sehingga RM5 juta dan PKS dikehendak­i membayar balik dalam tempoh lima tahun.

Bagi PKS yang ingin mendapatka­n pinjaman atau membuat aduan boleh menghubung­i BNM di talian 0326988044 (sambungan 7986) atau 03- 26919335, telefon bimbit 019-2821015 atau emel ke abhas@bnm.gov.my. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU USAHAWAN: Abu Hassan (kanan) bersama Lim ketika sidang media mengenai jumlah pinjaman kepada usahawan PKS yang masih ada dalam simpanan Bank Negara di Kementeria­n Kewangan di Putrajaya, semalam. Usahawan PKS perlu manfaat dana PKS Bank Negara bernilai RM3.9 bilion.
— Gambar Bernama BANTU USAHAWAN: Abu Hassan (kanan) bersama Lim ketika sidang media mengenai jumlah pinjaman kepada usahawan PKS yang masih ada dalam simpanan Bank Negara di Kementeria­n Kewangan di Putrajaya, semalam. Usahawan PKS perlu manfaat dana PKS Bank Negara bernilai RM3.9 bilion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia