Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan tanggung sepenuhnya bayaran levi pekerja asing

-

PUTRAJAYA: Kerajaan membuat keputusan untuk mengekalka­n struktur lama pembayaran levi pekerja asing yang mana ia ditanggung sepenuhnya oleh majikan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan aduan daripada kesatuan dan pekerja asing yang mengatakan mereka tidak mampu membayar levi tersebut.

Kelmarin, Lim berkata, kerajaan bersetuju agar pembayaran levi berjumlah RM10,000 setahun ditanggung 80 peratus oleh pekerja asing dan 20 peratus lagi oleh majikan.

“Bayaran ini untuk pekerja yang sudah berkerja lebih 10 tahun di Malaysia yang dibenarkan melanjutka­n tempoh selama tiga tahun maksimum dengan levi tahunan RM10,000.

“Namun pekerja asing mengadu tidak mampu membayar RM8,000, jadi kerajaan putuskan struktur levi ini kembali kepada asal yang mana RM10,000 itu dibayar majikan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lim berkata, bayaran levi boleh dibuat oleh majikan terbabit mulai 1 Oktober ini.

“Kalau majikan tidak mahu bayar RM10,000, mereka boleh hantar pekerja asing pulang ke negara asal terlebih dahulu dan datang semula sebagai pekerja baharu, jadi levi yang perlu dibayar hanya RM1,850,” katanya.

Mengenai 1Malaysian Developmen­t Berhad (1MDB), Lim berkata, pengewanga­n aset dari 1MDB akan dimasukkan ke dalam dana yang disatukan dan disalurkan ke akaun amanah yang berkaitan.

“Mana- mana dana yang diperoleh daripada pelupusan aset-aset ini perlu masuk ke dalam dana disatukan ini. Tetapi ia perlu disahkan bahawa ia adalah milik 1MDB.

“Saya berpendapa­t lebih baik kita tunggu untuk melupuskan aset- aset ini terlebih dahulu,” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia