Utusan Borneo (Sarawak)

Digi perkenal aplikasi ganjaran gaya hidup terbesar, MyDigi Rewards

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

SUBANG JAYA: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) telah memperkena­lkan aplikasi ganjaran gaya hidup yang terbesar di Malaysia, iaitu MyDigi Rewards yang terbaharu.

MyDigi Rewards boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyDigi dan ia ditawarkan kepada semua 11.7 juta pelanggan Digi yang akan mendapat akses ke atas tawaran hebat serta ganjaran eksklusif ditawarkan oleh 500 jenama dan rakan kongsi merentasi 7,000 lokasi di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasaran Digi Loh Keh Jiat berkata, sebagai rangkaian telko yang terbesar di Malaysia, Digi berusaha untuk menyampaik­an pengalaman digital yang relevan dan lancar secara konsisten.

“MyDigi Rewards yang terbaharu ini merupakan sebahagian daripada hasrat kami untuk membina hubungan jangka panjang yang lebih berharga dengan para pelanggan.

“Ini juga merupakan peluang terbaik bagi Digi untuk menjalin kerjasama strategik dengan rakan-rakan kongsi yang lain agar platform MyDigi Rewards dapat dimanfaatk­an sebagai alat pemasaran alternatif bagi mereka untuk mencapai lebih ramai pelanggan,” katanya.

Aplikasi tersebut juga memperkena­lkan sistem penarafan keahlian baharu (Yellow, Gold dan Platinum) yang membolehka­n pelanggan Digi memperoleh mata untuk menganjak naik ke taraf yang lebih tinggi sekali gus memberikan mereka akses kepada lebih banyak ganjaran termasuk tawaran eksklusif.

Bagi setiap nilai ringgit yang dibelanjak­an ke atas bil pascabayar atau tambah nilai prabayar, pelanggan tersebut akan memperoleh 1 ‘Digi Point’. Digi Point tersebut akan terkumpul dan para pelanggan yang berkenaan akan dapat mengakses taraf yang selanjutny­a apabila jumlah mata mencukupi.

MyDigi Rewards turut menampilka­n ciri- ciri kefungsian baharu seperti ‘Near Me’, membolehka­n pelanggan mengesan cawangan terdekat untuk menebus ganjaran mereka, serta ‘Reward Sneak Peeks’ yang membolehka­n pelanggan mengetahui ganjaran yang akan datang.

Pada masa sama, pelanggan juga boleh mengongsik­an ganjaran kegemaran mereka dengan rakan-rakan dan insan yang tersayang. ‘Box of Surprise’ oleh Digi menawarkan Internet yang diperibadi­kan untuk memenuhi keperluan seharian pelanggan

Box of Surprise merupakan ciri baharu yang ditawarkan melalui aplikasi MyDigi. Ia membolehka­n semua pelanggan menerima tawaran eksklusif, khas untuk mereka. Pelanggan akan menerima sekurang- kurangnya satu tawaran yang unik dalam Box of Surprise mereka pada bila-bila masa.

Tawaran Box of Surprise boleh merangkumi Internet percuma, pelan Internet berdiskaun, pas Internet jangka pendek dan pakej telefon yang diperibadi­kan berdasarka­n keperluan dan corak perbelanja­an pelanggan. Pelanggan juga digalakkan untuk memeriksa Box of Surprise mereka dari semasa ke semasa agar tidak ketinggala­n untuk menebus tawaran yang mereka perolehi.

Pelanggan Digi boleh mula menikmati ganjaran MyDigi yang terbaharu atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kandungan Box of Surprise mereka melalui aplikasi MyDigi terkini yang boleh dimuat turun dari App Store atau Google Play.

Maklumat lanjut mengenai MyDigi Rewards ™ yang baharu serta Box of Surprise boleh didapati di http://new. digi.com.my.

 ??  ?? TERBAHARU: MyDigi Rewards boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyDigi.
TERBAHARU: MyDigi Rewards boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi MyDigi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia