Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan, pengusaha pelanconga­n, penternak ikan perlu pencerahan isu keselamata­n

-

KOTA KINABALU: Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan komuniti nelayan, pengusaha pelanconga­n dan penternak ikan di dalam sangkar di kawasan pantai timur Sabah bagi memberi pencerahan berhubung isu keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Omar berkata langkah itu disebabkan golongan berkenaan adalah ‘soft target’ ( kumpulan terdedah) yang boleh menjadi mangsa kumpulan penjenayah rentas sempadan khususnya penculik bagi mendapatka­n wang tebusan (KFR).

“Kami akan panggil mereka dalam masa terdekat untuk memberi nasihat serta langkah- langkah keselamata­n yang perlu mereka ambil agar mereka tidak menjadi mangsa yang mudah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau sebelum itu mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Pusat Pentabiran Negeri Sabah yang turut disertai anggota pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Kontinjen Sabah.

Menurut Omar beliau juga akan melawat kawasan pantai timur Sabah dalam masa terdekat untuk meninjau keadaan keselamata­n dan penugasan di sana sambil memberi sokongan moral kepada anggota pasukan keselamata­n yang terlibat.

Sementara itu, beliau menasihati semua pihak terutama nelayan di kawasan ESSZone agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya perintah berkurung yang masih berkuat kuasa di kawasan tersebut.

Katanya dua nelayan warga Indonesia yang menjadi mangsa culik di kawasan perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu didapati melanggar perintah berkurung.

Menurut Omar, nelayan terbabit sepatutnya kembali ke jeti dalam tempoh yang ditetapkan namun bot tersebut memilih untuk tinggal tiga malam di kawasan menangkap ikan sekali gus mendedahka­n diri mereka kepada penjenayah rentas sempadan.

Pada masa sama, beliau mengulangi nasihat agar nelayan memasang sistem pengesanan automatik (AIS) pada bot dan kapal masing- masing bagi memudahkan pasukan keselamata­n memantau pergerakan mereka sekali gus mengurangk­an risiko diculik.

“Memang alat ini mahal, sebab itu ada pemilik bot dan kapal tidak mampu membeli peralatan ini. Tapi ini bukan soal kemampuan atau tidak. Apa yang penting ialah AIS ini baik untuk mereka supaya anggota keselamata­n mudah mengenal kapal mereka dari jauh seterusnya memudahkan kami memberikan bantuan yang diperlukan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUNJUNGAN: Mohd Shafie (empat kanan) menerima kunjungan hormat Omar (enam kanan) bersama rombongan di pejabatnya di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah semalam.
— Gambar Bernama KUNJUNGAN: Mohd Shafie (empat kanan) menerima kunjungan hormat Omar (enam kanan) bersama rombongan di pejabatnya di Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia