Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan penculik minta tebusan RM4 juta daripada keluarga mangsa

-

KOTA KINABALU: Polis mengesahka­n keluarga dua rakyat Indonesia yang diculik di perairan Pulau Bodgaya, Semporna pada 11 Sept lalu menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) meminta wang sebanyak RM4 juta.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata isteri seorang daripada mangsa yang berada di Sulawesi menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu pada 18 September lalu kira-kira jam 10.24 pagi.

“Setakat ini, isteri salah seorang mangsa telah menerima panggilan daripada suspek yang meminta wang tebusan tetapi tiada tempoh yang diberikan untuk membuat pembayaran wang berkenaan.

“Bagaimanap­un kami akan tunggu perkembang­an seterusnya, mungkin ada rundingan antara keluarga mangsa dan majikan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjay­a Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini semalam.

Pada 11 Sept lalu, dua nelayan warga Indonesia berusia 30-an diculik oleh dua lelaki bersenjata ketika sedang menangkap ikan di Pulau Bodgaya, Semporna kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Dalam pada itu, Omar berkata berikutan kejadian dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang ditembak mati pada 21 Sept lalu, polis turut menerima beberapa maklumat daripada nelayan yang melihat pergerakan pam bot disyaki sebagai tali barut.

Oleh itu, Omar berkata kawalan keselamata­n di perairan Pantai Timur Sabah akan diperketat­kan bagi membantera­s jenayah rentas sempadan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERBARISAN: Omar (tengah) bersama anggota Polis Kota Kinabalu sempena Upacara Perbarisan dan Amanat Pesurujaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kepayan semalam.
— Gambar Bernama PERBARISAN: Omar (tengah) bersama anggota Polis Kota Kinabalu sempena Upacara Perbarisan dan Amanat Pesurujaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kepayan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia