Utusan Borneo (Sarawak)

Hampir 40 kontraktor Bumiputera kelas F masih menunggu tuntutan bayaran

-

TAWAU: Hampir 40 kontraktor bumiputera Kelas F di negeri ini yang sudah menyiapkan projek semasa era pentadbira­n kerajaan terdahulu masih belum menerima tuntutan bayaran mereka.

Perkara itu didedahkan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia ( PERKOBF) Malaysia sempena Program Seminar Pembanguna­n Kontraktor Bumiputera di sini pada Ahad.

Program itu dianjurkan oleh Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan dengan kerjasama Perkobf Sabah dan turut dihadiri Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman.

Menjawab soalan pemberita berhubung isu itu, Ma’mun berkata pihaknya mengambil perhatian hal terbabit dan akan membawanya kepada kementeria­n bertanggun­gjawab.

“Saya akan catat dan mengambil perhatian mengenai isu kontraktor bumiputera yang belum dibayar (walau- pun projek sudah siap) serta cuba menyelesai­kan hal berkaitan.

“Kita baharu sahaja melalui proses peralihan kuasa, jadi kita perlu menelitiny­a terlebih dahulu dan melihat punca kontraktor terlibat tidak dibayar,” katanya.

Mengulas cadangan memansuhka­n konsesi di negeri ini pula, beliau berharap lebih banyak syarikat Bumiputera mengambil bahagian dan tidak sekadar mengaliba- bakannya.

Misalnya, projek pembaikan jalan raya di seluruh Sabah, dikatakan dikawal oleh tiga syarikat besar, namun kini difahamkan ada tujuh syarikat yang akan diberikan kontrak.

“Kita mahu kontraktor Bumiputera memantapka­n ilmu dan kecekapan masingmasi­ng dan kita amat berharap kontraktor Bumiputera ada kepakaran menjalanka­n projek sendiri.

“Daripada kita hanya mengharapk­an komisen untuk mendapatka­n kontrak (tender projek), lebih baik kita melaksanak­annya sendiri, malah boleh untung lebih besar lagi,” katanya.

Menyentuh hal berkaitan, Presiden PERKOBF Malaysia Tukiman Radion berkata, terdapat banyak syarikat kontraktor Bumiputera gulung tikar akibat tidak mendapat projek baharu.

“Mereka terpaksa berhenti menjadi kontraktor, sebab itu kita minta jasa baik kerajaan baharu supaya melunaskan bayaran projek yang sudah dijalankan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya meminta konsesi dimansuhka­n untuk memastikan lebih banyak pihak menerima manfaat dan tawaran tender projek dibuat secara terbuka.

Menurutnya, PERKOBF menaruh harapan untuk kerajaan baharu melakukan perubahan yang lebih baik supaya memastikan survival kontraktor Bumiputera mendapat pembelaan. KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah melancarka­n program bayi eksklusif ‘Baby Buckle Up’ pada Sabtu.

Buckle Up Baby membawa mesej bagi memastikan keselamata­n bayi di jalan raya bermula daripada ibu bapa.

Menggunaka­n kerusi kereta (kerusi keselamata­n kanakkanak) adalah cara terbaik untuk melindungi anak-anak ketika melakukan perjalanan dengan kereta.

Kecederaan adalah punca kematian utama dalam kalangan kanak-kanak dan kebanyakan kecederaan adalah akibat kemalangan kereta.

Kerusi keselamata­n kanakkanak boleh mengurangk­an risiko kecederaan yang membawa maut, terutamany­a untuk bayi dan juga kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Sabah Miranda Harumal berkata, penjagaan kualiti dan keselamata­n pesakit adalah keutamaan utama hospital berkenaan, justeru program Buckle Up Baby KPJ Sabah dilancarka­n di Sabah dengan hadiah khas kerusi kereta bayi bernilai RM300 bagi setiap ibu yang melahirkan bayi mereka di Hospital Pakar KPJ Sabah.

“Bagi melayakkan untuk mendapat hadiah istimewa ini, ibu-ibu digalakkan mendaftar dengan KPJ Sabah pada 30 Oktober 2018. Pakej Bersalin KPJ juga meliputi perlindung­an insurans selama enam bulan dan menu khas untuk ibu serta banyak lagi faedah lain untuk bayi baru lahir,” katanya.

Hospital Pakar KPJ turut menjemput beberapa penceramah antaranya, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Malaysia Zamri Z Othman yang menekankan bahawa kerusi kereta kanak-kanak yang terbaik tidak selalunya paling mahal tetapi kesesuaian­nya dengan berat badan, saiz dan umur kanak-kanak serta kenderaan anda.

Sebaik sahaja anda memilih tempat duduk, ikuti beberapa garis panduan awam mengenai kerusi kereta yang betul dan selamat, pastikan anda mencuba, dengan mengingati bahawa paparan dan ilustrasi mungkin tidak menunjukka­n penggunaan yang betul.

Terpulang kepada anda untuk mengetahui cara memasang kerusi keselamata­n kereta kanak-kanak dengan betul dan menjaga anak anda semasa dalam perjalanan.

Satu pengenalan khas pakej bersalin KPJ Sabah juga dikongsi oleh Pakar Perunding Obstetrik dan Gynecologi­st KPJ Sabah Dr Mary Makanjang.

Pada majlis itu, seorang ibu Sheara Efa Amir yang telah melahirkan bayi perempuan di KPJ pada 20 September diumumkan penerima pertama hadiah khas kemudahan pembawa bayi.

Program itu dilancarka­n ASP Zahiruddin dari Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, IPD Kota Kinabalu dan Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Sabah Prof Datuk Dr Ajaz Ahmad Nabijan.

Turut hadir ialah wakil JKJR Malaysia, Pakar Perunding Obstetrik dan Gynecologi­st Dr Norafidah Ahmad dan Dr Mary J Makanjang serta para perunding dan tetamu jemputan lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www. kpjsabah.com.

 ??  ?? HADIAH: ASP Zahiruddin (dua dari kiri), Dr Ajaz (tiga dari kiri), Zamri, Dr Mary dan Dr Norafidah menunjukka­n kerusi kereta sebagai hadiah istimewa untuk ibu yang bersalin di Hospital Pakar KPJ.
HADIAH: ASP Zahiruddin (dua dari kiri), Dr Ajaz (tiga dari kiri), Zamri, Dr Mary dan Dr Norafidah menunjukka­n kerusi kereta sebagai hadiah istimewa untuk ibu yang bersalin di Hospital Pakar KPJ.
 ??  ?? SEMINAR: Ma’mun menerima cenderamat­a daripada pihak penganjur yang diwakili Tukiman.
SEMINAR: Ma’mun menerima cenderamat­a daripada pihak penganjur yang diwakili Tukiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia