Utusan Borneo (Sarawak)

ATLET TERJUN, RENANG MAMPU PERGI JAUH

Kebanyakan mereka masih muda dan layak untuk bertanding pada temasya SUKMA akan datang, kata Henry

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Atlet terjun dan renang Sarawak masih berpotensi untuk pergi lebih jauh pada temasya SUKMA akan datang.

Demikian menurut Penolong Ketua Kontinjen sukan akuatik, Datuk Henry Harry Jinep ketika diminta mengulas pencapaian atlet Sarawak pada SUKMA di Perak barubaru ini.

“Kebanyakan atlet terjun dan renang kita masih muda dan layak untuk bertanding pada SUKMA akan datang. Mereka ini bakal menjadi penyumbang pingat kepada Sarawak.

“Sudah tentu, mereka perlu menjalani latihan rapi dan pendedahan dalam tempoh dua tahun ini.

“Secara keseluruha­n, saya amat berpuas hati dengan prestasi atlet kita di mana mereka berjaya memenangi pingat dalam acara bukan sasaran,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Jelas Henry, penerjun dan perenang Sarawak bertanding dalam semangat yang tinggi dan memberikan fokus sepenuhnya untuk menghadiah­kan pingat kepada kontinjen Sarawak.

Pada SUKMA XIX berakhir minggu lepas, acara terjun berjaya menyumbang dua pingat emas, dua perak dan empat gangsa.

Emas dimenangi Kimberly Bong Qian Ping (platform in- dividu wanita) dan platfrom seirama wanita (Kimberly dan Eilisha Rania Abrial Rajagopal).

Perak disumbang Enrique Maccartney Harold (platform individu lelaki) dan Bertrand Rhodict Lises dan Enrique (platfrom seirama lelaki).

Manakala gangsa dimenan- gi Enrique (1m papan anjal lelaki), Bertrand (platform individu lelaki), Bertrand dan Enrique (3m papan anjal seirama lelaki) dan Eilisha (plat- form individu wanita).

Acara renang pula menyumbang tiga emas, satu perak dan enam gangsa pada SUKMA kali ini.

Angela Chieng Chui Fei muncul penyumbang kesemua emas Sarawak dimenangin­ya dalam acara 200m kuak kupu- kupu wanita, 400m gaya bebas dan 800m gaya bebas.

Beliau turut menyumbang perak dalam acara 200m gaya bebas.

Gangsa dirangkul Job Tan Xi Jay ( 100m kuak dada lelaki), Hii Puong Wei (200m kuak lentang lelaki), Zachary Adam Tan Kian Phen, Job Tan Xi Jay, Hii Puong Hou, Hii Puong Wei ( 4x100m gaya bebas berganti-ganti), Zachary Adam, Hii Puong Hou, Job Tan Xi Jay, Hii Puong Wei (4x200m gaya bebas berganti-ganti), Hii Puong Wei (50m kuak lentang) dan Leong Wan Mei, Angela Chieng, Zia Adam Tan Chun Ing, Cindy Sui Yea Zhen (4x100m gaya bebas berganti- ganti wanita).

Kebanyakan atlet terjun dan renang kita masih muda dan layak untuk bertanding pada SUKMA akan datang. Mereka ini bakal menjadi penyumbang pingat kepada Sarawak.” Datuk Henry Harry Jinep Penolong Ketua Kontinjen sukan akuatik

 ??  ??
 ??  ?? BERPOTENSI BESAR: Gambar fail Kimberly Bong (tengah) di atas podium bersama Eilisha (kanan) selepas memenangi pingat emas dalam acara platform individu wanita.
BERPOTENSI BESAR: Gambar fail Kimberly Bong (tengah) di atas podium bersama Eilisha (kanan) selepas memenangi pingat emas dalam acara platform individu wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia