Utusan Borneo (Sarawak)

Penyambung­an air paip di beberapa kampung di Saribas siap April 2019

-

KUCHING: Projek penyambung­an air paip dari Kampung Mangut ke Kampung Tuie, Kampung Serabang, Kampung Suba dan Kampung Medang di kawasan Saribas dijangka siap sepenuhnya menjelang April 2019.

ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam berkata pelaksanaa­n projek bernilai RM21 juta itu kini berjalan lancar, sejak mula dilaksanak­an pada Disember 2017.

“Setakat ini, ia sudah mencapai tahap 40.5 peratus siap dan saya yakin kontraktor dapat menyiapkan­nya menjelang April tahun depan,” katanya.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang April tahun depan,” katanya ditemui ketika melepaskan peserta Saribas Tawan Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching di sini, semalam.

Sementara itu, Razi berkata seramai 10 ahli SABERKAS Saribas menjalanka­n misi menawan Gunung Kinabalu di Sabah, bermula hari ini sehingga Sabtu nanti.

Program ini dijalankan belia SABERKAS Saribas, dengan objektif untuk melibatkan belia dalam sukan lasak seperti mendaki gunung.

“Aktiviti ini (mendaki Gunung Kinabalu) melibatkan seramai 10 ahli termasuk dua wanita,” katanya.

Pasukan pendaki tersebut terdiri daripada Azmin Ramlie selaku ketua, Saiful Hanizam Suhaimi, Dr Paul Cliff Davis, Syahidan Shamsuddin, Abang Zulhazneil Hajemy, Abang Busri Abang Morni, Abang Suhaimi Abang Mohamad, Abang Mohd Amirul Afaeq Dahlan, Dr Ayu Akida Abdul Rashid dan Dr Suzalina Sulaiman.

Razi yang juga pengerusi SABERKAS Saribas dan timbalan setiausaha SABERKAS Sarawak menambah, pasukan pendaki tersebut juga akan mengibarka­n bendera Sarawak sebaik tiba di puncak Gunung Kinabalu.

 ??  ?? SEMOGA BERJAYA: Razi (enam kanan) bersama Azmin (lima kiri) dan ahli pasukan Saribas Tawan Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.
SEMOGA BERJAYA: Razi (enam kanan) bersama Azmin (lima kiri) dan ahli pasukan Saribas Tawan Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia