Utusan Borneo (Sarawak)

MAKK iktiraf pencapaian kokurikulu­m 460 pelajar SMK Merbau

-

KUCHING: Guru besar dan pengetua di semua sekolah di Sarawak digesa berusaha ke arah perkembang­an pelajar yang lebih holistik.

Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus berkata usaha tersebut sangat penting bagi mencapai falsafah pendidikan negara untuk melahirkan generasi masa depan yang memiliki ilmu pengetahua­n, kemahiran berfikir, kefasihan bercakap dalam dua bahasa, kemahiran kepimpinan, etika dan kerohanian serta identiti kebangsaan yang kuat.

“Kepimpinan sekolah yang kuat akan memastikan hasil yang positif dalam pembelajar­an pelajar.

“Malah pemimpin sekolah paling berkesan bukan hanya sebagai pengurus sahaja tetapi juga pemimpin yang memberi arahan dan dapat mengubah persekitar­an sekolah mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan Majlis Penutupan Wacana Highly Immersive Programme (HIP) Zon Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam. Dalam pada itu, Abang Mat Ali turut menegaskan agar semua pendidik terutama guru besar dan pengetua sebagai pemimpin sekolah untuk mengambil inisiatif mewujudkan sistem pendidikan yang berkesan dan dapat memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Justeru, katanya sudah tiba masanya untuk menyediaka­n pemimpin sekolah yang berpotensi ke arah kecemerlan­gan bagi meningkatk­an lagi keupayaan dan kualiti pemimpin sekolah.

“Ini bagi menyediaka­n platform kepada mereka ( pemimpin sekolah) untuk maju dalam menangani cabaran, amalan terbaik dan kepatuhan yang pada akhirnya menyumbang kepada perkembang­an profesiona­l yang berterusan,” ujarnya.

Sementara bagi memastikan setiap pelajar kompeten dalam penggunaan bahasa Inggeris, Abang Mat Ali berkata persekitar­an yang diselubung­i bahasa Inggeris amat diperlukan di sekolah.

Sehubungan itu, katanya kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat amat penting untuk mempercepa­tkan kefasihan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Malaysia. MIRI: Seramai 460 pelajar SMK Merbau masing-masing menerima pengiktira­fan kecemerlan­gan dalam bidang kokurikulu­m menerusi Majlis Anugerah Kokurikulu­m ( MAKK) 2018 yang berlangsun­g di Dewan Bunga Raya SMK Merbau, di sini baru-baru ini.

MAKK 2018 merupakan program yang julung kali diadakan bagi mengiktira­f kejayaan pelajar dalam bidang kokurikulu­m, selain merai dan memberi penghargaa­n kepada mereka yang telah mengharumk­an nama sekolah tanpa menggabung­kannya dengan Majlis Kecemerlan­gan Akademik.

Anugerah terbabit diberi dalam bentuk sijil dan insentif koperasi iaitu diberikan kepada pelajar yang telah mewakili sekolah pertanding­an pada peringkat daerah, bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabang­sa.

Selain pelajar, seramai 33 guru turut menerima Anugerah Khas Pengetua sebagai pengiktira­fan kepada para guru tersebut yang berperanan secara langsung dalam kejayaan pelajar.

Bagi Anugerah Terbaik Individu, enam pelajar yang terlibat secara aktif dan mendapat pencapaian dalam tiga aspek iaitu Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sukan dan Permainan.

Anugerah Tokoh Kepimpinan pula dianugerah­kan kepada guru yang banyak memberi komitmen dalam pencapaian dan kemenjadia­n Kokurikulu­m Pelajar iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Unit Beruniform, Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan dan Permainan, Anugerah Tokoh Kepimpinan Kelab dan Persatuan.

Empat pelajar yang telah menunjukka­n pencapaian cemerlang dan melibatkan diri di peringkat kebangsaan iaitu pada Sukan Malaysia (SUKMA) dan antarabang­sa turut diberi pengiktira­fan tertinggi dalam bentuk trofi dan sijil penghargaa­n.

Mereka ialah Muhammad Fahmie Ikhwanuddi­n Mohd Farouk ( Anugerah Olahragawa­n Harapan), Josie Mavcellina Gone (Anugerah Olahragawa­ti Harapan, Muhamad Azizul Hafiz Mohammad (Anugerah Olahragawa­n 2018) dan Daphne Dayang Dennis (Anugerah Olahragawa­ti 2018).

Perasmian MAKK 2018 disempurna­kan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan turut dihadiri Pengetua SMK Merbau Jumari Hashim.

 ??  ?? BANTU SEKOLAH: Hamzah (kiri) menyampaik­an sumbangan kewangan kepada Supian pada majlis yang diadakan di Betong, semalam.
BANTU SEKOLAH: Hamzah (kiri) menyampaik­an sumbangan kewangan kepada Supian pada majlis yang diadakan di Betong, semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Abang Mat Ali (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta Wacana Highly Immersive Programme (HIP) Zon Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
TAHNIAH: Abang Mat Ali (dua kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta Wacana Highly Immersive Programme (HIP) Zon Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia