Utusan Borneo (Sarawak)

177 warga asing ditahan di tapak binaan di Segambut

-

KUALA LUMPUR: Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut di sini semalam.

Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutua­n dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA).

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata mereka yang ditahan termasuk 145 warga Bangladesh dan 29 warga Indonesia.

“Turut ditahan dua warga Myanmar dan seorang warga India,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu yang menyaksika­n pemeriksaa­n dibuat ke atas kira- kira 320 pekerja.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgu­nakan pas lawatan sosial.

Hamidi berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutua­n Zainora Zainal mengesahka­n syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n mengeluark­an arahan penutupan operasi, namun bergantung kepada tahap kesalahan yang dilakukan.

CIDB, katanya sudah memanggil wakil-wakil syarikat pembinaan dari China awal tahun ini untuk diberi penerangan mengenai syarat operasi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERBUAN: Seramai 177 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di salah sebuah tapak pembinaan di sekitar ibu negara yang diadakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SERBUAN: Seramai 177 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di salah sebuah tapak pembinaan di sekitar ibu negara yang diadakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia