Utusan Borneo (Sarawak)

Kanak-kanak lelaki ditemui bersama mayat ibu kini koma

-

GEORGE TOWN: Kanakkanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri bersama mayat ibunya di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini kelmarin, kini dalam keadaan koma.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata Ong Chee Khai, 10, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak- Kanak ( PICU) Hospital Pulau Pinang ( HPP).

“Menurut pegawai perubatan yang merawat kanak- kanak itu, mangsa mengalami kerosakan buah pinggang, hati dan paru- paru akibat terhidu asap. Kanak- kanak itu masih tidak sedarkan diri,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat ibu kanak- kanak itu mengesahka­n wanita berkenaan mati disebabkan keracunan karbon monoksida akibat terhidu kepulan asap hasil pembakaran arang dalam bilik berkenaan,” katanya di sini semalam.

Kanak- kanak itu ditemui dalam bilik hotel berkenaan kira- kira jam 3.30 petang kelmarin bersama ibunya, Lim Bee Tin, 28, yang telah mati oleh seorang pekerja hotel setelah memecahkan pintu bilik dihuni wanita berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n dalam bilik hotel itu menemui sisa kayu arang yang dipercayai dibakar dengan sejenis dadah oleh wanita itu dan bilik itu berbau asap.

Sementara itu, Ketua Polis Barat Daya Supt A. A Anbalagan berkata lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang mayatnya ditemui dalam lubang kumbahan najis di Kampung Sungai Burung, dekat sini, pada Isnin direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

B e l i a u b e r k a t a Mahkamah Majistret Balik Pulau membenarka­n lelaki berusia 29 tahun yang ditahan kelmarin di Jalan Air Putih itu direman sehingga Selasa ini dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Isnin lepas, mayat Faridah Hashim ditemui menantu lelakinya pada 2.30 petang semasa mencari ibu mertuanya di sekeliling kawasan rumah, selepas wanita berusia 63 tahun itu dikatakan hilang sejak 19 Sept lepas dan anggota keluargany­a membuat laporan polis berhubung kehilangan itu pada 21 Sept.

Polis dengan bantuan pihak bomba mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluark­an mayat wanita itu yang sudah berulat dan hasil pemeriksaa­n awal pasukan forensik menemui kesan kelar di bahagian depan lehernya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia