Utusan Borneo (Sarawak)

PASKAL tingkat jumlah pengambila­n anggota hadapi ancaman maritim

-

KUALA LUMPUR: Bilangan anggota Pasukan Khas Laut ( PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) akan ditingkatk­an dua kali ganda daripada jumlah sedia ada bermula tahun ini.

Panglimany­a Laksamana Pertama Anuar Alias berkata kekuatan pasukan elit itu, yang bilanganny­a dirahsiaka­n, perlu ditingkatk­an berikutan ancaman semasa maritim yang dilihat semakin mencabar.

“Saya telah diarahkan untuk menambah jumlah kekuatan sedia ada dan pelbagai pendekatan dilakukan.

“Pendekatan saya adalah transforma­si kursus asas komando. Daripada 25 sahaja yang berjaya bagi setiap pengambila­n sebelum ini, kami boleh tingkatkan dengan transforma­si sistem latihan yang kami laksanakan tanpa menjejaska­n kualiti hasil yang kami mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk ‘Kolaborasi TLDM Hasilkan filem PASKAL’ terbitan Bernama News Channel di sini, malam kelmarin.

Anuar berkata setiap anggota PASKAL perlu melepasi tiga kursus iaitu kursus asas komando, kursus penyelam kapal dan kursus asas payung terjun yang memerlukan ketabahan dan jiwa yang kental.

“Kalau anggota tidak cukup tabah dan kental jiwa, selalunya mereka tidak boleh melengkapk­an ketiga- tiga kursus ini jadi ada yang baharu lulus dua kursus sudah menarik diri ataupun disebabkan masalah kesihatan selain kecederaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia