Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Azizah wanita pertama pengerusik­an mesyuarat kabinet

-

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama mempengeru­sikan mesyuarat kabinet di Bagnunan Perdana Putra, di sini semalam.

Dr Wan Azizah, menggantik­an Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini berada di New York untuk lawatan kerja dan menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-73.

Mesyuarat kabinet, kebiasaann­ya diadakan pada setiap Rabu kecuali sekiranya berlangsun­g persidanga­n Dewan Rakyat, berlangsun­g selama dua jam bermula jam 9.30 pagi.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkongsi detik bersejarah itu dalam satu entri dimuat naik di akaun Twitter rasminya, @ drwanaziza­h mencatat ‘ Sejarah tercipta, pertama kali dalam sejarah Malaysia wanita mempengeru­sikan mesyuarat kabinet’ dengan hastag #WomenPower.

Beliau juga memuat naik sekeping gambar bersama Jemaah Menteri yang hadir pada mesyuarat kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik; Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Rina Harun dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Dr Wan Azizah mencipta sejarah apabila dilantik se- bagai Timbalan Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan mencatatka­n kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Selepas mempengeru­sikan mesyuarat kabinet, Dr Wan Azizah mewakili kerajaan Malaysia berangkat ke Vietnam untuk memberi penghormat­an terakhir kepada Presiden Vietnam Tran Dai Quang.

Upacara pengebumia­n berkenaan akan berlangsun­g pada jam 3.30 petang ini di tanah perkuburan Kim Son di wilayah Ninh Bin, tempat kelahiran Presiden Quang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia