Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pemain luar bandar Bintulu terima anugerah cemerlang 2018

-

BINTULU: Tiga pemain dari luar bandar Bintulu di bawah Program Pembanguna­n Pemain Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak menerima anugerah Pemain Harapan,

Pemain Terbaik dan Penjaga Gol Terbaik pada Majlis Makan Malam Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Grand Final Piala Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom baru-baru ini.

Jurulatih Program Pembanguna­n MSN Mohd Tuah Ismail berkata, tiga pemain tersebut yang merupakan penerima anugerah pemain cemerlang tahun ini ialah Awang Nazmi Awang Ismail, Mohd Zharif Zulkamal Mandar dan Sylvester Laing Lihan.

Mohd Tuah berkata, Awang Nazmi, 15, iaitu penerima anugerah Pemain Harapan, pernah mewakili Bintulu pada kejohanan bawah umur 15 tahun sebagai ketua pasukan dan pemain MSN untuk piala luar bandar serta dicalonkan sebagai pemain untuk Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Katanya, Mohd Zharif, 20, iaitu penerima anugerah Pemain Terbaik pula pernah mewakili Piala Belia Sarawak 2015 dan 2016, beraksi pada Liga Bola Sepak Rakyat 2017 dan Piala Luar Bandar.

“Beliau merupakan pemain kedua terbanyak menjaringk­an gol dalam kejohanan akhir utama Piala Dato Sri Dr Stephen Rundi,” ujarnya di sini semalam.

Mohd Tuah berkata, penerima anugerah Penjaga Gol Terbaik iaitu Sylvester Laing, 19, merupakan pemain berasal dari Sungai Asap/ Bakun di daerah Belaga.

“Sylvester pernah mewakili Sarawak dalam Piala Presiden 2016, mewakili Bintulu dalam Piala Belia 2015/2016, Liga Bola Sepak Rakyat 2016/2017 dan Piala Luar Bandar 2017/ 2018 serta merupakan seorang pemain yang amat berbakat.

“Bahagian Pembanguna­n Bola Sepak MSN Bintulu amat berbangga atas kejayaan pemain-pemain MSN tersebut atas usaha jurulatih MSN iaitu Zaidel Termidi Suhaili yang mengetenga­hkan bakatbakat pemain bandar dan luar bandar dengan harapan akan mampu diserapkan ke dalam pasukan Sarawak,” jelasnya.

Beliau berkata, MSN Bintulu memiliki seramai 100 pemain pelbagai peringkat umur daripada 12, 14, 16, 18 dan 21 tahun yang mana kemampuan dan bakat mereka akan dinilai sebelum dihantar ke Sekolah Sukan Tabuan Kuching ataupun ke Sekolah Sukan Bukit Jalil Kuala Lumpur.

 ??  ?? CEMERLANG: (Dari kanan) Awang Nazmi, Sylvester dan Mohd Zharif yang menerima anugerah Pemain Harapan, Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik merakam gambar kenangan bersama Mohd Tuah (dua kiri) serta anugerah yang diterima mereka.
CEMERLANG: (Dari kanan) Awang Nazmi, Sylvester dan Mohd Zharif yang menerima anugerah Pemain Harapan, Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik merakam gambar kenangan bersama Mohd Tuah (dua kiri) serta anugerah yang diterima mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia