Utusan Borneo (Sarawak)

PM New Zealand cipta sejarah PBB dengan membawa ‘bayi pertama’

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU (PBB): Perdana menteri New Zealand telah diisytihar­kan sebagai pencipta sejarah kerana membawa “bayi pertama” – anak perempuann­ya Neve – ke dalam dewan Perhimpuna­n Agung PBB, sekali gus menggegark­an institusi yang masih dianggap sebagai kelab bagi para pemimpin dunia lelaki.

Gambar Jacinda Ardern, 38, yang mencium dan bermain-main dengan bayinya yang berusia tiga bulan dalam dewan utama Persidanga­n Damai Nelson Mandela sehari sebelum Perhimpuna­n Agung bermula sudah tular ke seluruh dunia dan menggegark­an Internet.

Jurucakap PBB Stephane Dujarric mengesahka­n kelmarin bahawa ia adalah kali pertama dalam sejarah organisasi itu selama 73 tahun bahawa seorang pemimpin wanita telah membawa bayinya ke dalam bilik perhimpuna­n.

“Ia adalah perkara yang sama sekali bagus dan kami gembira untuk menerima Neve dalam dewan Perhimpuna­n Agung. Dengan hanya lima peratus sahaja pemimpin dunia daripada kaum wanita, kita harus melakukan se- galanya yang termampu untuk membuatkan mereka rasa dialu-alukan,” ujarnya.

Gambaran Neve dan bapanya, yang menjadi penjaga utamanya, melihat Ardern bekerja telah menarik banyak komentari positif di Amerika Syarikat di mana ramai bimbang pentadbira­n Trump mengetepik­an hak wanita.

“Saya tidak dapat menegaskan bagaimana @ PBB – dan kerajaan yang menganggot­ainya – memerlukan ini,” tweet bekas duta AS ke PBB yang menjadi profesor Harvard, Samantha Power, yang juga seorang ibu kepada dua anak.

Ardern, sekarang pemimpin wanita paling muda di dunia, merupakan perdana menteri wanita kedua yang melahirkan anak ketika memegang jawatan, selepas Benazir Bhutto dari Pakistan pada 1990.

Beliau berkata beliau mahu merintis jalan bagi wanita lain.

“Saya mahu menjadikan­nya sesuatu yang lumrah,” kata Ardern kepada CNN.

“Jika kita mahu menjadikan tempat kerja lebih terbuka, kita perlu mengakui tentang cabaran lojistik. Jika kita lebih terbuka, ia mungkin dapat mewujudkan laluan bagi wanita lain.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia