Utusan Borneo (Sarawak)

SIMBC 2018-AMS PALING LUMAYAN

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Hadiah keseluruha­n berjumlah RM78,000 menjadi rebutan peserta Cabaran Mountain Bike Antarabang­sa Siol 2018– Siri Mountain Bike Asia ( SIMBC 2018- AMS) dijadual berlangsun­g dari 9 hingga 11 November akan datang di kaki Bukit Siol, Jalan Semariang.

Menurut Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, edisi di Sarawak adalah ketujuh daripada sembilan siri yang diadakan di beberapa negara Asia seperti Jepun, Filipina, Indonesia, Brunei Darussalam dan Sabah.

Jelasnya, DBKU sebagai penganjur menyasarka­n lebih ramai pelumba termasuk dari luar negara mengambil bahagian dalam 10 kategori dipertandi­ngkan.

“Dalam cabaran Cross Country (XCO), tujuh kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki dan Wanita Elit (19 tahun ke atas), UCI Lelaki dan Wanita Junior Siri Dunia (17 dan 18 tahun), Lelaki Master A (30 hingga 40 tahun), Lelaki Master B (41 tahun ke atas) serta Tertutup Sarawak.

“Para peserta perlu berbasikal sejauh 4.2 kilometer bagi cabaran XCO,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Manakala dalam cabaran downhill, terdapat tiga kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki dan Wanita Elit (17 tahun ke atas) serta Lelaki Mas- ter (30 tahun ke atas) dengan cabaran membabitka­n laluan sepanjang 740 meter.

“Cabaran ketiga ialah team relay (XCR) yang menawarkan Piala Datuk Bandar. Kita menjangkak­an lebih ramai peserta kerana SIMBC-AMS pada kali ini menawarkan paling banyak hadiah wang tunai dalam Siri Asia,” kata beliau.

Katanya, berdasarka­n penyertaan pada tahun 2016, lebih 200 peserta dari Thailand, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, Jepun, India, Singapura malah Por- tugal mengambil bahagian.

“Antara objektif penganjura­n cabaran ini sudah tentunya menarik pelancong domestik dan asing mengunjung­i bandar raya Kuching. Tottenham melangkah ke pusingan keempat Rabu lepas selepas singkirkan Watford menerusi penentuan sepakan penalti

Antara objektif penganjura­n cabaran ini sudah tentunya menarik pelancong domestik dan asing mengunjung­i bandar raya Kuching. Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar DBKU

“Ini adalah usaha kita untuk mempromosi­kan Sarawak sebagai destinasi pelanconga­n sukan,” ujarnya.

Hanya hadiah bagi kategori Tertutup Sarawak dan ‘team relay’ dibayar dalam mata wang ringgit manakala pemenang bagi kategori lain akan dibayar dalam matawang Euro.

Hadir sama Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak Datuk Benjamin Hasbie.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PELANCARAN: (Dari tiga kiri) Benjamin, Abang Wahap dan tetamu lain bersama memegang bebola kaca untuk menayangka­n video rasmi SIMBC 2018-AMS.
PELANCARAN: (Dari tiga kiri) Benjamin, Abang Wahap dan tetamu lain bersama memegang bebola kaca untuk menayangka­n video rasmi SIMBC 2018-AMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia