Utusan Borneo (Sarawak)

Catat penurunan sebanyak 386 kes sepanjang Januari hingga Ogos berbanding tempoh sama tahun lepas

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sarawak mencatat penurunan indeks jenayah sebanyak 386 kes iaitu 9.24 peratus sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Azman Yusof berkata turut menunjukka­n penurunan ialah jenayah harta benda yang menurun sebanyak 322 kes atau sembilan peratus.

“Berdasarka­n jenayah yang dilaporkan di semua 28 daerah di negeri ini, didapati keadaan adalah selamat dan terkawal.

“Kadar indeks jenayah Kontinjen Sarawak menunjukka­n penurunan jika dibandingk­an antara 2017 dengan 2018 dari Januari hingga Ogos,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Tambah Azman, polis Sarawak juga komited memastikan seluruh negeri bebas daripada kegiatan

Berdasarka­n jenayah yang dilaporkan di semua 28 daerah di negeri ini, didapati keadaan adalah selamat dan terkawal. Datuk Azman Yusof Pesuruhjay­a Polis Sarawak

perjudian haram.

Katanya dari Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 1,583 serbuan berjaya dilak- sanakan terhadap perjudian haram.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 2,274 orang telah ditangkap dan sebanyak RM675,291 nilai rampasan barang- barang kes dicatatkan.

“Saya memberi komitmen supaya usaha- usaha pembantera­san perjudian haram seperti ini akan terus dipergiatk­an lagi,” tegasnya.

Menurut beliau juga, seramai 112 penjenayah yang ter- libat dalam jenayah kekerasan dan harta benda telah diambil tindakan di bawah POCA sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

“Walaupun jenayah telah menurun, masyarakat umum masih beranggapa­n keadaan yang kini selamat masih membimbang­kan.

“Justeru langkah proaktif dan progresif perlu diambil bagi menangani persepsi negatif ‘ fear of crime’ dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Turut diadakan pada majlis tersebut semalam ialah penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) dan Sijil Penghargaa­n kepada beberapa pegawai dan anggota polis Kontinjen Sarawak.

 ??  ?? PERIKSA: Azman memeriksa perbarisan pada perhimpuna­n tersebut.
PERIKSA: Azman memeriksa perbarisan pada perhimpuna­n tersebut.
 ??  ?? GEMBIRA: Antara pegawai dan anggota yang menerima sijil perkhidmat­an cemerlang pada perhimpuna­n tersebut.
GEMBIRA: Antara pegawai dan anggota yang menerima sijil perkhidmat­an cemerlang pada perhimpuna­n tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia