Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berhak keluar lesen sumber minyak, gas: KM

Pihak berkuasa di Putrajaya juga mengetahui hak Sarawak yang mungkin terlepas pandangan 40 tahun lalu

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa mengikut perlembaga­an, Sarawak mempunyai hak untuk mengeluark­an lesen berhubung sumber minyak dan gasnya.

Malah, beliau memberitah­u, pihak berkuasa di Putrajaya juga mengetahui hak Sarawak yang sebenarnya.

“Kita mempunyai hak mengeluark­an lesen manakala Petronas adalah bahagian pembanguna­n,” katanya sambil merujuk kepada peruntukan khusus dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Abang Johari berkata demikian dalam ucapannya kepada rakyat Sarawak yang tinggal dan belajar di United Kingdom ( UK) semasa majlis makan malam anjuran Yayasan Sarawak di Rumah Yayasan Sarawak di Bondesbury Park baru-baru ini.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak menerusi syarikat minyak dan gas negeri, Petros bekerjasam­a dengan Petronas untuk memastikan Sarawak mendapat manfaat daripada

Kita mempunyai hak mengeluark­an lesen manakala Petronas adalah bahagian pembanguna­n. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

sumber minyak dan gas di Sarawak.

Beliau berkata, walaupun hak memberi lesen tidak pernah dikuatkuas­akan sejak 40 tahun lalu mungkin kerana terlepas pandang, Kerajaan Sarawak tidak akan berkomprom­i mengenai apa yang dimiliki Sarawak di bawah undang-undang.

Ketua Menteri dan wakil delegasiny­a berada di ibu negara Britain itu untuk lawatan sambil belajar selama dua minggu ke UK, Amerika Syarikat dan Kanada sebelum lawatan terakhir ke Dubai un- tuk berjumpa dengan pelabur berpotensi.

Mengenai hubungan di antara Kerajaan Sarawak dengan kerajaan persekutua­n, beliau menganggap­nya sebagai erat kerana kedua-duanya bekerja demi kepentinga­n rakyat.

Mengenai acara pada malam itu, beliau menyuaraka­n kegembiraa­nnya kerana dapat berjumpa dengan sebahagian pelajar Sarawak di UK yang beliau anggap sebagai wajah masa depan Sarawak dalam usaha mendigital­kan ekonomi negeri.

Para pelajar kemudian mengadakan interaksi tidak rasmi dengan Ketua Menteri dan menunjukka­n minat mendalam kepada pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Sarawak untuk mengubah ekonomi daripada ekonomi konvension­al kepada digital.

Abang Johari memberitah­u, dalam rangka pertama lawatan ini, beliau melawat Universiti London dan Universiti Oxford untuk mengkaji kemungkina­n kerjasama yang dapat membuka jalan bagi pelajar Sarawak diberi tempat di universiti tersebut dalam pengajian termasuk kajian kemanusiaa­n.

Tambahnya, dalam rangka kedua jelajah ke AS, beliau akan melawat Universiti Stanford untuk meninjau kemudahan dan aktiviti penyelidik­an di universiti tersebut bagi menilai prospek kolaborati­f sama dengan universiti itu dan universiti lain di dalam Silicon Valley.

Beliau menjelaska­n, Sarawak akan terus menghantar pelajar ke seberang laut untuk melanjutka­n pelajaran, khususnya dalam disiplin baharu, yang tidak ada di dalam negara seperti keselamata­n siber, pengaturca­raan dan sains data.

“Rakyat Sarawak perlu mendapatka­n pengetahua­n baharu untuk membiasaka­n diri dengan ekosistem baharu dan trend pembanguna­n di seluruh dunia yang berasaskan teknologi baharu,” ujarnya.

Abang Johari dan wakil delegasi yang terdiri daripada pegawai Kerajaan Sarawakc akan berlepas ke San Francisco untuk meneruskan rangka kedua lawatan sambil belajar itu.

 ??  ?? APA KHABAR?: Abang Johari sempat berbual mesra bersama pelajar di United Kingdom.
APA KHABAR?: Abang Johari sempat berbual mesra bersama pelajar di United Kingdom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia