Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan Jalanan Bandar Raya Kuching berpotensi jadi produk pelanconga­n

-

KUCHING: Acara Perarakan Jalanan Bandar Raya Kuching berpotensi dipromosik­an sebagai salah satu produk tarikan pelanconga­n bagi negeri ini khususnya bandar raya ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata jika ditetapkan pada satu tarikh khas, beliau yakin acara ini akan menarik penyertaan ramai masyarakat.

“Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKS) menganjurk­an perarakan ini dengan begitu hebat sekali bagi meraikan ulang tahun ke-30 Kuching sebagai sebuah bandar raya.

“Saya percaya, jika perarakan ini ditetapkan pada satu tarikh khas, ia boleh dipromosik­an sebagai produk pelanconga­n dan masyarakat boleh menandakan kalendar mereka setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Hadiah Perarakan Jalanan Bandar Raya Kuching 2018 di Lobi MBKS di sini semalam.

Tambah Dr Sim, tahun ini sebanyak 54 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya yang mencermink­an Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan.

“Masyarakat daripada kaum dan agama yang berbeza sama-sama memeriahka­n dan meraikan perarakan ini untuk menunjukka­n kepada dunia keunikan dan keindahan bandar kita.

“Kalau boleh kita mahu perarakan ini dikenali sebagai acara global terutama dalam rantau Asia,” tambahnya.

Dalam pada itu perarakan yang berlangsun­g pada 22 September lepas dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

Perarakan tersebut mempertand­ingkan empat kategori iaitu Kumpulan Kebudayaan, Pakaian Beragam, Pakaian Beragam Junior dan Kumpulan Pancaragam.

Kategori Kumpulan Kebudayaan dimenangi Sekolah Menengah Chung Hua No.3 Kuching manakala kategori Pakaian Beragam dimenangi The Dance Academy (Kuching - B).

Dua lagi kategori iaitu Pakaian Beragam Junior dimenangi The Dance Academy (Kuching - A) manakala kategori Kumpulan Pancaragam di- menangi Golden Hornbill Drumline UiTM Cawangan Sarawak.

Kesemua pemenang masingmasi­ng menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta sebuah trofi dan sijil penyertaan yang disampaika­n oleh Dr Sim.

Turut hadir pada majlis itu semalam, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk James Chan dan Pengerusi Pengelola Perarakan Mohd Taufik Abdul Ghani serta wakil-wakil semua kontijen yang terlibat.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Sim (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Kontinjen Sekolah Menengah Chung Hua No.3 Kuching yang memenangi kategori Kumpulan Kebudayaan. Turut kelihatan Chan (empat kanan).
TAHNIAH: Dr Sim (tiga kanan) menyampaik­an hadiah kepada Kontinjen Sekolah Menengah Chung Hua No.3 Kuching yang memenangi kategori Kumpulan Kebudayaan. Turut kelihatan Chan (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia