Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Jambatan Batang Lupar masih dibincang

Perbincang­an juga menyentuh jambatan lain yang sepatutnya dibiayai persekutua­n

-

Ya, terdapat hubungan antara Kerajaan Sarawak menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dan kerajaan persekutua­n berhubung Jambatan Batang Luar yang dipersetuj­uai di bawah inisiatif 50-50 semasa kerajaan BN.

KUCHING: Perbincang­an antara kerajaan persekutua­n dan Sarawak berhubung pembinaan Jambatan Batang Lupar masih giat dijalankan.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, perbincang­an antara kedua- dua kerajaan juga menyentuh tentang projek pembinaan jambatan lain yang sepatutnya dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutua­n di bawah pentadbira­n terdahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Ya, terdapat hubungan antara Kerajaan Sarawak menerusi Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an dan kerajaan persekutua­n berhubung Jambatan Batang Luar yang dipersetuj­uai di bawah inisiatif 50- 50 semasa kerajaan BN,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek Jambatan Bako di sini semalam.

Julaihi berharap kerajaan persekutua­n akan meneruskan projek tersebut dengan kos dibiayai 50 peratus Kerajaan Sarawak dan 50 peratus lagi ditanggung kerajaan persekutua­n.

Beliau menambah, pembinaan jambatan itu penting kerana ia terletak di kedudukan yang strategik dalam jajaran projek jalan pesisir.

“Setakat ini, kekerapan kenderaan melalui dan menggunaka­n perkhidmat­an feri di Triso ini lebih daripada 20,000 buah sebulan dan jumlah ini semakin hari semakin meningkat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Jambatan Rambungan dan Igan di bawah projek jalan pesisir yang dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutua­n di bawah pentadbira­n sebelum ini.

Mengenai Jambatan Bako sepanjang 280 meter dan jalan akses sepanjang tiga kilometer, Julaihi berkata, ia dijangka siap sepenuhnya pada awal bulan depan.

Menurutnya, jambatan yang menghubung­kan Kampung Bako mula dibina pada 3 Mac 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 12 Oktober depan.

Tambah beliau, pembinaan jalan akses sepanjang 460 meter di Kampung Bako sudah bermula.

“Jambatan Bako sepanjang 280 meter dan jalan raya akses sepanjang 3.013 kilometer dibina oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan kos RM41.29 juta,” jelasnya.

Jambatan Bako merupakan antara jalan perhubunga­n luar bandar di kawasan pesisir yang sedang giat dijalankan Kerajaan Sarawak.

“Usaha ini adalah antara agenda utama polisi membangunk­an luar bandar oleh GPS,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ?? LAWAT: Julaihi ( kanan) ditemani Hazland ( dua kanan) meninjau perkembang­an projek Jambatan Bako semalam.
LAWAT: Julaihi ( kanan) ditemani Hazland ( dua kanan) meninjau perkembang­an projek Jambatan Bako semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia