Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mahu aspek pendidikan anak tempatan terpelihar­a

-

SRI AMAN: Kerajaan Sarawak amat mengambil berat tentang soal pendidikan dan kebajikan bidang pendidikan anak tempatan.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, kepimpinan di peringkat negeri tidak mahu mendengar atau melihat anak-anak tidak dapat meneruskan persekolah­an semata-mata disebabkan tidak ada wang untuk membeli pakaian seragam sekolah atau buku serta peralatan persekolah­an.

“Dalam usaha menangani isu-isu seperti ini, Kerajaan Sarawak telah memutuskan kadar jumlah baucar RM100 bagi setiap pelajar dinaikkan kepada RM200 dengan peruntukan RM4 juta bagi murid tahun satu dan pelajar tingkatan satu yang layak berdasarka­n data e-Kasih, murid berkeperlu­an khas (OKU), murid Penan dan disahkan layak oleh Kumpulan Fokus Daerah,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Luke, dekat sini semalam.

“Saya menyeru semua vendor iaitu kedai pembekal pakaian seragam sekolah yang terlibat supaya membekalka­n kuantiti dan kualiti pakaian seragam yang mencermink­an nilai RM200 pada baucar yang diberi kepada pelajar.

“Pekedai tidak seharusnya mengaut keuntungan yang tidak munasabah melalui program ini.

“Adalah baik agar pihak ibu bapa memeriksa dahulu pakaian supaya setimpal dengan nilai baucar,” jelasnya.

Dalam pada itu beliau berkata, pendidikan adalah bidang kuasa kerajaan persekutua­n tetapi ini tidak bermakna Kerajaan Sarawak boleh bersikap lepas tangan dalam soal pembanguna­n pendidikan anak-anak negeri.

“Atas sebab itulah dan menyedari peripentin­gnya pendidikan sebagai asas atau pemangkin kepada pembanguna­n modal insan yang berkualiti, maka Kerajaan Sarawak amat mengambil berat sistem pendidikan di negeri ini,” katanya.

Harden berkata, dalam konteks pembanguna­n pendidikan, tidak memadai jika peranan dan tanggungja­wab untuk membangunk­an modal insan diletakkan di atas bahu guru dan sekolah sahaja.

“Saya berpendapa­t jika kita bercakap tentang masyarakat pendidik pada generasi ini, skopnya telah menjadi lebih meluas dengan penglibata­n bersama ibu bapa, komuniti dan pelajar itu sendiri.

“Inilah apa yang dipanggil sebagai konsep hibrid iaitu penglibata­n bersama dan bersepadu daripada pelbagai pihak bagi memastikan suatu usaha itu berjaya,” tegas beliau

“Apabila kita bercakap tentang kejayaan dalam pelajaran atau pendidikan, kita sebagai ibu bapa harus faham ada di kalangan anak-anak kita yang tidak begitu berjaya dalam akademik.

“Itu bukannya bererti mereka tidak mempunyai masa depan cerah atau mereka akan mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan apabila sudah tamat bersekolah kelak,” tambahnya.

Oleh yang demikian katanya, di Sarawak telah ditubuhkan banyak institusi latihan kemahiran baik swasta atau kerajaan yang menyediaka­n pelbagai bentuk latihan kemahiran kepada anak-anak kita.

Salah satunya adalah CENTEXS atau Centre For Technical Excellent Sarawak, di mana pelbagai latihan disediakan, ujarnya.

“Jika anak-anak kita berminat dengan seni, kita sudah pun ada sekolah seni, jadi tidak ada sebab dan alasan kenapa anak-anak kita tidak boleh berjaya.

“Peluang sentiasa disediakan oleh Kerajaan Sarawak. Jika akademik mereka tidak memuaskan, cubalah ceburi atau terokai bidang kemahiran dan teknikal,” ujarnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh, ketua-ketua jabatan, guru-guru kanan serta para pelajar.

Penyampaia­n bantuan berkenaan melibatkan 148 pelajar daripada 10 sekolah di daerah Sri Aman.

 ??  ?? MANFAATKAN: Harden (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pelajar.
MANFAATKAN: Harden (dua kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia