Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diharap beri perhatian kepada pembanguna­n pertanian di luar bandar

-

KUCHING: Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) mengharapk­an Kerajaan Sarawak memberi perhatian kepada pembanguna­n pertanian di luar bandar yang didiami 171,000 ahlinya.

Pengerusi PPNS Datuk Sylvester Entri Muran berkata pihaknya yakin dapat meningkatk­an pendapatan dan taraf sosioekono­mi ahli sekiranya kerajaan memberi kerjasama kepada PPNS sebagai peneraju pembanguna­n pertanian yang melibatkan ahlinya.

Beliau menjelaska­n ia selari dengan peranan PPNS sebagai badan yang bertanggun­gjawab menjaga kepentinga­n ahlinya di bawah setiap 28 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negeri.

“Sebagai ‘lengan perniagaan’ bagi ahli-ahli peladang, setiap PPK berusaha untuk mencari perniagaan yang menguntung­kan dan mendapat hasil yang lumayan, di mana segala keuntungan tersebut akan dikembalik­an kepada ahli peladang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-33 yang disempurna­kan Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Selain itu, Entri turut men- cadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah badan korporat untuk memberi perhatian yang lebih fokus ke atas meningkatk­an sosioekono­mi ahli peladang.

Jelas beliau, ini adalah perlu supaya kerajaan melalui badan korporat dapat membuat dasardasar dan menyalurka­n peruntukan terus kepada PPNS untuk disalurkan kepada ahli bagi pembanguna­n projek yang mendatangk­an keuntungan.

“Dengan wujudnya badan tersebut, warga peladang akan mempunyai Pengarah Peladang Negeri supaya dapat melaksanak­an dan meningkatk­an aktiviti khas untuk ahli peladang di setiap PPK.

“Pengarah Peladang Negeri amatlah diperlukan untuk memberi perkhidmat­an yang lebih cekap dan efisien kepada ahli peladang,” katanya.

Pada masa sama, Entri juga menyaranka­n kepada Kerajaan Sarawak supaya memberi peluang dan ruang kepada PPNS sebagai rakan kongsi bersama mana-mana pihak swasta yang pakar dan mempunyai jaringan kerja antarabang­sa dalam memajukan pertanian supaya ahli peladang mendapat manfaat daripada usaha sama tersebut.

“Dengan demikian, kerajaan membolehka­n pihak swasta memberi latihan dan pendedahan kepada ahli peladang untuk mengetahui perniagaan secara komersial yang dapat memberi keuntungan,” ujarnya.

 ??  ?? RASMI: Dr Abdul Rahman (depan, empat kiri) bersama Entri (depan, tiga kiri) dan tetamu kehormat lain selepas melakukan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-33 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
RASMI: Dr Abdul Rahman (depan, empat kiri) bersama Entri (depan, tiga kiri) dan tetamu kehormat lain selepas melakukan simbolik perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-33 di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia