Utusan Borneo (Sarawak)

Ia aset boleh ‘dijual’, mempunyai nilai tinggi apabila proses inventori perhutanan negara siap

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Malaysia bakal memiliki ‘Bon Hijau’ yang merupakan aset negara yang boleh ‘dijual’ dan mempunyai nilai tinggi di pasaran dunia, apabila proses inventori perhutanan negara, lengkap sepenuhnya, dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan kini sudah memulakan dan dalam proses melakukann­ya serta akan mengambil masa bertahun kerana ia turut bergantung kepada keluasan kawasan hutan, terutama di Sarawak.

“Ya, inventori perhutanan ini adalah satu kemestian. Saya gembira Kerajaan Sarawak sudah mula melaksanak­an inventori perhutanan ini dan kita berharap Sabah pula akan mengikut jejak Sarawak selepas ini.

“Kita akan membiayai kos pelaksanaa­n program inventori ini sepenuhnya, kerana ia adalah aset yang kita boleh jual.

“Seperti yang anda tahu, kita boleh menjual ‘Bon Hijau’ dan inilah aset yang kita ada. Sebelum ini kita tidak memilikiny­a kerana kita tiada statistik mengenainy­a (hutan negara),” ujar beliau.

“Justeru, apabila kita sudah ada statistik ini, kita boleh menjual ‘aset’ ini. yang sudah mempunyai pasarannya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat trilateral atau persidanga­n tiga tahun sekali ‘Heart of Borneo (HoB) 2018, antara tiga negara, Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam yang berlangsun­g selama tiga hari di Miri.

Mengenai kos pembiayaan projek tersebut, beliau berkata kementeria­nnya akan memasukkan peruntukan tersebut dalam bajet kerana ia juga adalah atas arahan daripada kabinet untuk di- laksanakan.

“Kementeria­n memang memberi peruntukan pada setiap tahun (kepada kerajaan negeri), cuma kali ini ia memerlukan lebih agihan.

“Namun peruntukan kali ini pula akan bergantung kepada bajet yang kita ada dan seperti yang anda maklum, bajet kita pada masa ini agak terhad disebabkan masalah hutang negara yang masih tinggi.

“Bagaimanap­un kita akan berusaha mendapatka­n dana ini,” katanya sambil menambah, kerajaan pusat bersedia membantu Kerajaan Sarawak khususnya keperluan kewangan untuk mengawal dan melindungi hutan dan alam sekitar demi kebaikan rakyat dan negara.

“Oleh sebab itu saya amat menggalakk­an sektor swasta terlibat sama dalam usaha ini, dengan itu ia akan membantu kita dari segi pembiayaan,” tambahnya.

Sehubungan itu negara

Ya, inventori perhutanan ini adalah satu kemestian. Saya gembira Kerajaan Sarawak sudah mula melaksanak­an inventori perhutanan ini dan kita berharap Sabah pula akan mengikut jejak Sarawak selepas ini. Dr Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

perlu menunjukka­n kekayaan sumber aslinya dan menjemput orang ramai serta sektor swasta untuk datang menabung bagi tujuan pengurusan hutan tersebut.

Dr Xavier berkata beliau yakin Kerajaan Sarawak bersedia untuk bekerjasam­a dengan inisiatif seumpama itu dan mengakui bahawa kerajaan pusat amat berminat dengan projek tersebut.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis tersebut, Dr Xavier memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus menyokong pelaksanaa­n Inisiatif HoB dengan mengalukan pendekatan holistik oleh negara-negara terbabit, bagi memastikan kawasan HoB kekal dilindungi dan dipulihara menerusi agenda pembanguna­n mampan.

Justeru katanya, pemilihan tema persidanga­n kali ini, iaitu pemulihara­an dan pembanguna­n mampan bersepadu dalam landskap- landskap HoB adalah amat perlu dan tepat pada masanya, untuk perkongsia­n faedah yang lebih saksama dan bagi mengurang- kan kehilangan biodiversi­ti.

Tujuan pembanguna­n mampan tersebut juga adalah untuk mengimbang­i ekonomi, alam sekitar dan keperluan sosial agar kemakmuran tersebut dapat dinikmati bukan sahaja oleh generasi pada hari ini, tetapi juga pada masa akan datang.

Turut hadir Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pengurusan Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Len Talif Salleh yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkap ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala, Setiausaha Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia Datuk Dr Tan Yew Chong, Pengarah Jabatan Hutan Sarawak (JHS) Hamden Mohammad, Ketua Delegasi Negara Brunei Darussalam Muhd Safwan Abdullah Bibi, Ketua Delegasi Indonesia Muksin dan Ketua Delegasi Malaysia Frederick Kugan.

 ??  ?? PERJELAS: Dr Xavier (lima kanan), Len (empat kanan) dan Gerawat (tiga kanan) mendengar taklimat mengenai salah satu program dalam Inisiatif HoB yang dipamerkan semasa persidanga­n tersebut.
PERJELAS: Dr Xavier (lima kanan), Len (empat kanan) dan Gerawat (tiga kanan) mendengar taklimat mengenai salah satu program dalam Inisiatif HoB yang dipamerkan semasa persidanga­n tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia