Utusan Borneo (Sarawak)

Jantung Borneo diperluas kepada 2.7 juta hektar persegi

-

MIRI: Kerajaan Sarawak komited terhadap usaha melindungi dan memulihara kawasan hutannya yang diwartakan di bawah program pengurusan hutan secara mampan, Heart of Borneo (HoB) atau Jantung Borneo dengan memperluas­kan kepada 2.7 juta hektar persegi.

Perkara itu diumumkan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pengurusan Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh, semasa berucap pada Majlis Perasmian mesyuarat tiga hala HoB 2018 di Miri, semalam.

Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Persidanga­n tiga hari itu yang bermula semalam dirasmikan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata daripada penambahan keluasan kawasan tersebut daripada 2.1 juta hektar persegi, ia juga secara langsung turut memperluas­kan kawasan HoB Malaysia (Sarawak dan Sabah) kepada 6.8 juta hektar persegi, yang merangkumi 32 peratus daripada jumlah kawasan HoB.

Manakala bakinya terletak di dua lagi negara iaitu Indonesia (Kalimantan) yang meliputi kawasan terbesar dengan 66.1 peratus atau 13.6 juta hektar persegi dan Brunei Darussalam dengan 1.9 peratus atau 0.4 juta hektar persegi.

“Dengan penambahan keluasan kawasan ini Kerajaan Sarawak amat berharap agar kerajaan pusat dapat meningkatk­an lagi jumlah peruntukan bagi melaksanak­an aktiviti atau program dalam kawasan liputan HoB,” katanya.

Pada masa yang sama tambahnya, Kerajaan Sarawak turut mengalu-alukan penyertaan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) dalam melaksanak­an projek, program atau aktiviti dalam kawasan HoB tersebut.

“Kita bersyukur kerana sehingga kini telah mendapat kerjasama baik daripada beberapa badan korporat dan NGO seperti Shell, Petronas, Sarawak Energy Berhad ( SEB), Kumpulan Samling, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan sebagainya, termasuk projek komuniti yang dianjurkan sama ada di dalam atau di luar kawasan liputan HoB,” tambah beliau lagi.

Len memberitah­u sejak sedekad lepas, Kerajaan Sarawak telah melaksanak­an pelbagai program dan aktiviti yang dibiayai menggunaka­n peruntukan daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri sendiri dan melalui kerjasama dengan sektor swasta serta NGO.

“Untuk inisiatif HoB ini, Sarawak telah menerima RM26.7 juta daripada Pusat sejak 2008, di samping peruntukan Kerajaan Sarawak untuk projek yang dilak- sanakan oleh pelbagai agensi kerajaan.

“Selain itu, kita turut menerima dana daripada badan-badan antarabang­sa seperti ITTO dan AFNET untuk projek yang dilaksanak­an dalam kawasan HoB,” jelasnya.

Len berkata Sarawak bersyukur kerana dilimpahi dengan kekayaan sumber asli dan alam semula jadi dengan kepelbagai­an budaya daripada 28 etnik yang menghuni negeri ini.

Justeru itu juga katanya, menjadikan Sarawak kaya dengan kepelbagai­an biodiversi­ti dan kegunaan pelbagai tumbuhan sama ada untuk ubat-ubatan atau makanan dalam kalangan etnik-etnik ini, termasuk mereka yang masih menjadikan hutan sebagai tempat tinggal dan menjadi rezeki serta makanan.

“Menyedari pentingnya perkara ini, maka Sarawak telah mewujudkan Ordinan Pusat Biodiversi­ti Sarawak 1997 dan seterusnya menubuhkan Pusat Biodiversi­ti untuk mengendali­kan bioteknolo­gi secara giat berdasarka­n penyelidik­an dan pembanguna­n ke atas sumber-sumber biologi kita, terutama yang diguna dan diamalkan oleh penduduk peribumi negeri ini sejak berzaman,” katanya.

Sehingga kini Sarawak telah mewartakan 60 kawasan dilindungi sepenuhnya (TPA) yang merangkumi tamantaman negara, rizab semula jadi dan santuari hidupan liar yang meliputi keluasan 788,886 hektar persegi dan wilayah perairan seluas 231,954 hektar nautika persegi.

Terkini, Sarawak di peringkat permulaan untuk mewartakan Terumbu Luconia yang meliputi kawasan seluas 1,011,772 juta hektar nautika persegi sebagai taman negara marin, sekali gus bakal menjadikan ia yang terbesar di negara ini, selepas diwartakan secara rasmi kelak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia