Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kedua tertinggi kematian sektor pembinaan Sebanyak 15 kes direkodkan dalam tempoh lapan bulan tahun ini

-

KUCHING: Sarawak merekodkan kes kematian berkaitan sektor pembinaan kedua tertinggi dalam negara selepas Selangor.

Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan ( DOSH) Sarawak Dr Nor Halim Hasan berkata, dalam tempoh lapan bulan tahun ini sahaja, sebanyak 15 kes telah direkodkan.

Manakala untuk keseluruha­n tahun lepas, lebih daripada 30 kes direkodkan di Sarawak.

“Kematian berkaitan sektor pembinaan merekodkan bilangan kes paling banyak setakat tahun ini di Sarawak iaitu 15 daripada 26.

“Di negara ini, Sarawak adalah kedua tertinggi dan kita amat ambil berat akan hal ini.

“Memandangk­an Sarawak merupakan sebuah kawasan yang luas, kami akan mendapatka­n pegawai kami di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri untuk memantau aktiviti pembinaan dalam usaha mengurangk­an kemalangan dan kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan & Beng- kel Penyiasata­n Kemalangan Pembinaan anjuran Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Jelas Nor Halim, kes kemalangan dalam sektor pembinaan tidak hanya tertumpu dalam satu kawasan sahaja sebaliknya berselerak.

Terdahulu dalam ucapannya, Nor Halim berkata sebanyak 42,513 kemalangan di tempat kerja direkodkan di seluruh Malaysia tahun lepas bersamaan dengan 116 kes secara purata sehari.

Berdasarka­n statistik direkodkan oleh DOSH, sektor pembinaan katanya merekodkan jumlah kematian terbanyak iaitu 183 kematian atau 14.57 setiap 100,000 pekerja.

Sehubungan itu, Nor Halim menggesa semua majikan lebih komited dalam berurusan dengan isu keselamata­n dan kesihatan supaya kemalangan berkaitan sektor pembinaan dapat dikurangka­n.

Sementara itu, Presiden MBAM Foo Check Lee berkata satu daripada penyumbang utama kemalangan pembinaan yang tinggi ialah bekerja pada ketinggian.

“Kemalangan berkemungk­inan berpunca daripada pekerja bekerja di tempat tinggi tanpa perlindung­an keselamata­n yang sewajarnya, dihempap objek jatuh, kegagalan perancah dan banyak lagi.

“Ini adalah masa untuk kita sebagai pemain industri pembinaan mengambil serius kesihatan dan keselamata­n dan meletakkan­nya sebagai keutamaan tinggi dalam pelaksanaa­n projek,” katanya.

Lebih daripada 100 peserta menyertai seminar dan bengkel dua hari tersebut yang dianjurkan bersama oleh MBAM dan Persatuan Kontraktor Kejurutera­an Awam dan Binaan Sarawak (SCBECA).

Turut hadir pada majlis pembukaan semalam Pengarah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB) Merzan Hashim, Pengarah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sarawak Philip Sangkan, Pengerusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan MBAM Micheal Yap serta yang lain.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PANDUAN: Philip (dari kiri), Yap, Foo dan Nor Halim melihat buku panduan keselamata­n oleh MBAM.
— Gambar Chimon Upon PANDUAN: Philip (dari kiri), Yap, Foo dan Nor Halim melihat buku panduan keselamata­n oleh MBAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia