Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan bukan satu-satunya kriteria dalam menentukan kejayaan syarikat

-

KUCHING: Keuntungan bukan satu-satunya kriteria dalam menentukan kejayaan sesebuah syarikat dalam kalangan kontraktor dan pemain industri yang lain.

Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia ( MBAM) Foo Check Lee berkata faktor lain seperti kualiti kerja, perlindung­an alam sekitar dan paling penting keselamata­n dan kesihatan pekerja ketika pelaksanaa­n projek dan penyelengg­araan juga akan memberi kesan kepada reputasi dan imej syarikat.

“Ia tidak masuk akal untuk kami menyiapkan projek dengan kualiti kerja di bawah aras dan penuh dengan kecacatan dan ia adalah salah untuk kami menyiapkan projek dengan menyebabka­n kesakitan dan kecederaan atau kematian kepada pekerja kami.

“Ia mungkin menyebabka­n keluarga pekerja kehilangan tempat bergantung harap atau terdedah kepada tindakan perundanga­n oleh keluarga mangsa atau pihak berkuasa.

“Atas kepentinga­n semua faktor ini, banyak syarikat dan agensi kerajaan telah menjadikan keselamata­n dan kesihatan sebagai prasyarat bagi perolehan kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembukaan Seminar Keselamata­n dan Kesihataan Pekerjaan & Bengkel Penyiasata­n Kemalangan Pembinaan di sebuah hotel terkemuka di sini bermula semalam dan berkahir hari ini.

Jelas Foo lagi, industri pembinaan ketika ini menyumbang 4.4 peratus kepada indeks Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dan mengupah 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja negara.

“Industri pembinaan memainkan peranan penting dalam ekonomi kita. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kerajaan telah merancang memperbaik­i perhubunga­n dan kemudahan bagi rakyat di Sarawak.

“Bagi tujuan itu, projek seperti jalan pesisir dijangka menghubung­kan 60 peratus daripada populasi Sarawak yang tinggal di pekan dan kampung pesisir antara Sibu, Sarikei dan Kuching dengan anggaran nilai RM4.6 bilion yang pasti menyediaka­n kerja bagi kontraktor di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Foo berkata MBAM sedang mempromosi­kan Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan Dalam Pengurusan Pembinaan (OSHIM).

Meskipun panduan untuk OSHIM telah dikeluarka­n oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan ( DOSH), MBAM sedang bekerjasam­a dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) dan DOSH mengenai bagaimana untuk melaksanak­annya.

Foo turut menggesa para kontraktor memastikan pekerja mereka ditauliahk­an selari dengan keperluan CIDB.

Beliau turut mengumumka­n bahawa MBAM akan menganjurk­an Persidanga­n Persatuan Persekutua­n Kontraktor Asia dan Barat Pasifik Antarabang­sa Ke-14 (IFAWPCA) di Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 November akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia